Jom jadi Adamantium

Salam alaik, Salam Nuzul Quran, Salam 17 Ramadan, Salam Saiyidul Ayyam :)

Moga Iman terpelihara. Moga berada dibawah lembayung rahmat Ilahi. In shaa Allah.

Ingin aku kongsikan sedikit sebanyak pengisian yang aku dapat daripada ceramah semalam. Ceramah tu tentang sedare kita dekat Syria oleh Syeikh Muhammad Hani Juhah. MashaAllah, melihat mukanya saja sungguh tenang. Mcm tkdak masalah pon. Padahal kg halamannya kucar-kacir sekarang. Tak sanggup aku melihat video yg dipaparkan. Terasa tersentak. Teruk sgt keadaannya. Persis zaman Mekah waktu Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam. Kalau korg tgk Omar Series, try compare kan mcm mana koloni Bashar Al Assad menindas umat Islam kini. Sama. Ditanam hidup hidup selagi tidak menyebut "Tiada Tuhan melainkan Bashar". Anak anak kecik ditoreh toreh badannya mcm kayu ukir. Menjadi pelarian di negara sendiri. Syeikh Muhammad pon tak boleh balik ke Syria sebab dia telah ditarget. Kalau balik memang dia akan diseksa dan tidak mustahil dibunuh.  Paling geram sekali bila ada pemimpin ini (tktau nama) kata "setakat ini kami masih belum mengangkat senjata." What? Yg bom nuklear bagai tu apa? Barang mainan? Moga Allah beri kekuatan jihad kepada mereka disana. Aku tersentap bila ada seorang muslim di sana cakap "Bantulah kami, Muslimin dan Arab dah menghiraukan kami. Tidak kisahlah non-muslim pon. Bantulah... "  Sedih rasanya. Ya betul apa yg dia cakap. Kita sendiri dah mengabaikan dorg. Leka. Leka. Leka. Terlalu asyik dgn keamanan yg kita ada sekarang. 

Ingatlah teman dalam surah al-kahfi 18:7 "Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya." Keamanan, kemewahan, ketenangan yang kita ada sekarang ni UJIAN. Sama ada kita sedar atau lupa kepadaNya. 

Bayangkanlah, kita ada keluarga tapi hidup dikejar along. Akibat hutang keliling pinggang. Kita ada 7 org beradik yg semua kaya raya. Tapi sorg pon tk tolong. And lastly, anak-anak korg mati dibunuh dgn kejam. Apa korg rasa ek? Mesti rasa mcm berdendam dgn adik beradik yg buat buat pekak, buat buat buta tu kan?
Ingat, apa yg sedara kita kat Syria, Gaza tu rasa sekarang semua akan dipersoalkan oleh Allah kepada kita. Apa kita nak jawab kalau sekarang ni kita dok melagha tgk TV, usha Youtube yg tk faedah, berFacebook tak kira masa. Hmmmmmmm...........




So the question now, WHAT SHOULD WE DO NOW? 

As for teenagers I think we can send them our du'a. Pray for them. And donate to them. Mudah-mudahan dgn derma yg disalurkan mereka dapat keperluan hidup yg lengkap. 

Tapi nak ditegaskan kat sini pasal my blog name. Adamantium. What is it actually haa? Okay its actually berkaitan dgn hadis logam. 

"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham"

And the relation with adamantium? Okay actually, perkataan ni diambil dari Anthem, Hlovate. So I found it interesting. Here further explanation of adamantium in Anthem.


Adamantium : adj adamant(the derived adjective adamantine)

The adjective has long been used to refer to the property of impregnable, diamond-like hardness, or to describe a very firm/resolute position (e.g. He adamantly refused to leave). The noun adamant has long been used to designate any impenetrably or unyielding hard substance and, formerly, a legendary stone/rock or mineral of impenetrable hardness and with many other properties, often identified with diamond or lodestone.

It is almost impossible to destroy or fracture in this state and when crafted to a razor edge, it can penetrate most lesser materials with minimal application of strength. It is partially magnetic, as Magneto has manipulated it on multiple occasions.
Despite its utility in armament and armature, adamantium is rarely used due to its high cost and inability to be reshaped.


Benda adamantium ni kuat. indestructible.impossible to destroy or  fracture. Orang yang ada adamantium bukan senang nak dihancurkan walau apapun keadaan, atau dengan kata-kata yang lebih tajam dari pedang. Yang tahan segala ancaman dan serangan anasir jahat atau parasit.
Adamantium is highly durable and is able to effectively protect a person's mind from telepathic probing or attacks.Yang mampu jadi perisai kepada hati dan perasaan sendiri. Macam shield Captain America dan mampu mempertahankan diri macam claws dan skeleton Wolverine.  

Okay dah panjang merepek pasal Adamantium. Kata mudahnya logam. Aku percaya semua org ada logam masing masing. Cuma kita kena cari. Untuk apa logam ni? Contohlaa, mcm Umar Al-Khattab. Kita maklum dia seorang yg tegas, bijak, dan kata-katanya diterima oleh semua. Semua org hormat kat dia. Semasa dia jahil. Dia menentang Nabi Muhammad (SAW) hanya dgn satu sebab. Sebab, agama yg disebarkan kononnya memecah belahkan masyarakat Arab. Tapi penentang yg lain menentang Nabi Muhammad (SAW) sebab ego, tak boleh terima hakikat Nabi lahir dari kalangan Bani Hashim dan banyak agenda lagilahh. Umar ni adil. Senang kata dia ni critical thinker. Tak berat sebelah. And kalau pihak dia salah, pasti dia tegur and strongly disagree. Nabi Muhammad pon ada bersabda, diantara dua org yg hebat ini akan menolong menegakkan agama Islam. Dan mereka adalah Umar Al-Khattab dan Abu Al Hakam. Alhamdulillah, ternyata apa yg diperkatakan Baginda menjadi kenyataan. Umar akhirnya masuk Islam. Lepas dia masuk Islam, bertambah ramai masyarakat arab masuk Islam. Nak katanya kat sini, sebabkan org hormat dia, sebabkan keberanian dia ajak umat Islam solat secara terang-terangan dan kepandaian dia. Dakwah Islam diterima ramai walaupun masih ada yg menentang tp mereka tk berani nak kacau sebab adanya Umar Al-Khattab. Subhanallah. Betapa kukuhnya logam yg dia ada. Tak goyang pon. Logam macam tulah yg kita nak cari. Supaya kita dapat tolong tegakkan agama Islam yg semakin hebat diancam oleh org org kafir ni. 

Logam tu tak kisahlah mcm mana pon. Kalau logam kita dgn jadi doktor. Teruskan. Jadi doktor yg boleh rawat umat Islam, beri harapan kat depa yg depa kena hidup sbb depa ada matlamat hidup. Kalau kita ni gagah perkasa, so gunakan kegagahan untuk jalan Allah. Macam itulaah. So jom kita sama sama gali logam. LET BE ADAMANTIUM!!! Lillahitaala. Sekian


Usaha dan terus berusaha. 

Recommendation: Anthem by Hlovate and Omar Series (youtube ada)

No comments: