Semakin hampir

19 July 1995, 12.20 p.m.

Aku selamat dilahirkan. ALHAMDULILLAH. Aku sihat. ALHAMDULILLAH. Aku dapat melihat dunia. ALHAMDULILLAH. Aku dilahirkan dalam family ISLAM. Sungguh besar nikmatMu. Syukur atas segala-galanya yg tidak pernah aku mintak, tidak pernah aku harap. Terima kasih Ya Allah Maha Pemurah Maha Penyayang. 

19 July 2013, 12.32 a.m.

Sudah 18 tahun aku hidup di muka bumi bertuah ini. Namun, aku manusia yg selalu alpa. Jarang sekali mengingatiMu. Melupakan janji-janji dan tanggungjawabku. Leka dengan dunia yg tampak indah namun hakikatnya...... SEMENTARA sahaja. 

Apa yg aku dah sumbang? Apa yg aku dah buat untuk Islam? Diam tanpa jawapan. Aku tkmampu nak bagi jawapannya. 

Kenapa aku dilahirkan? Untuk jd student straight A? Untuk sambung belajar dekat universiti yg gah namanya? Untuk kejar cita-cita? Jadi org kaya. Kahwin. Bina family bahagia. And that's it. Then? Teruskan hidup seperti robot sampai tiba ajal......

Brothers, sisters. Jom kita hayati ayat ni:

"I created the jinn and humans for nothing else but that they may serve Me. I desire from them no provision, nor do I want them to feed Me."(Az-Zariyat 51:56-57)

"And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know." (Al-Baqarah 2:30)

"But seek, through that which Allah has given you, the home of the Hereafter; and [yet], do not forget your share of the world. And do good as Allah has done good to you. And desire not corruption in the land. Indeed, Allah does not like corrupters." ( Al-Qasas 28:77)



In the first verse, I had highlighted 'they may serve Me (Allah)'. Clearly shown that we are created to submit to him. Kita kena beribadah kepada Allah. Semata-mata keranaNya. Lillahitaala. Solat kerana Allah. Puasa kerana Allah. Haji kerana Allah. Zakat kerana Allah. Allah is our utmost priority. 

And in the next verse, what is a successive authority? Easy: Khalifah. Yeah, kita ni khalifah di muka bumi ni. Dicipta untuk menjadi khalifah memimpin dunia ke jalan Islam. Menyebarkan dakwah Islam. Berusaha hingga capai ke tahap Ustaziatul Alam atau kata simple nya world order seperti Amerika Syarikat sekarang. Cara berpakaian, gaya hidup semua kita copypaste dari diorang. Flashback balik. Islam pernah kuasai 2/3 dunia. Pernah manjadi pusat rujukan satu dunia. If they could bring Islam to the top. Why not us? 

Ayat terakhir pulak, kata mudahnya. Akhirat akhirat jugak dunia jangan dilupa. Kita kena utamakan akhirat sana tapi jangan diabaikan tanggungjawab kita kat muka bumi ni. 

To sum up, tujuan kita hidup kat dunia ni ada DUA jea. Abid dan Khalifah. Dua nampak macam senang. Berat woo amanah tu.. But no worries. Allah menduga hambanya mengikut kemampuannya. So yeah. WE CAN DO IT!!! In shaa Allah.


Berbalik kepada isu birthday, kata orang bila tiba hari lahir tandanya semakin hampir sakaratulmaut akan menjemputku bertemu Ya Ilahi. Moga apabila tiba saat itu, cukuplah bekalanku. Amin Ya Rab. Anyway, thanks for all the wishes. Today I really really feel appreciated, loved and cared. A big thank you to my mum and dad and family and friends!!! I had a great day. Alhamdulillah. Stay sweet. Stay pretty. Stay awet muda. Im officialy 18. Alhamdulillah Ya Rab.


NAH KEK!


Maaf atas perkongsian ilmu yg tidak sempurna. Mohon tegur jika ada tersalah sampai. Sekian.


No comments: