Fisabilillah

"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;"

"Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
 (An nisa:95-96)

JIHAD. Apa benda first terbayang di pikiran? Hmm. Adakah ini?


Memang biasa. Membayangkan jihad dgn mengangkat senjata melawan musuh musuh Islam. Dan kita dgn mudah berlapang dada berkata "Aku tkmampu la nak jihad. Angkat senjata pon aku yg terangkat" ataupun "Perang jauh nun kat Mesir. Kat Palestin. Acano la aku nak pergi. Duit tambang ktm dr kajang-rawang pon masih mengemis." Ehemm. 

Betul dah tu Jihad closely related to perang. Kalau dalam Al-quran pon. Jihad. Perang. Jihad. Perang. Perang. Jihad. Waktu zaman Rasulullah SAW, mmg jihad pd masa itu adalah perang. Kalau kita rajin tadabur ayat, kita akan sedar, bnyak ayat yg turun memperkatakan berkenaan jihad. Antaranya yg dua kat atas tu. Ada kisah disebalik ayat ni. Apa org kata? Asbabun Nuzul.

Kisah psl seorg sahabat Nabi SAW bernama, Abdullah b. Umi Makhtum. Okay jujur kata, aku pon first time dengar nama dia time usrah kelmarin. Kalau korg rajin bolehlah bukak Al-quran terjemahan, Surah Abasa. Pon ada cerita pasal beliau. Hebat tk hebat. Allah turunkan ayat dua kali kot untuk dia. Haaaa. Mohon jealous. Berbalik kepada Abdullah ni td. Dia ni buta. Buta yg tknmpak org tuuuuu. Kalau dah buta cemana nak pergi perang ye dak? Tp dia ni tkpernah menjadikan keuzuran dia tu utk tidak berperang. Ada dlm satu hadis diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit. Jalan ceritanya lebih kurg mcm ni la.

Ketika dalam satu majlis perkongsian ilmu, Zaid bin Thabit duduk disebelah Rasulullah SAW dgn keadaan paha baginda menimpa paha Zaid. Sedang dalam perkongsian tersebut tiba tiba *jeng jeng jeng* Zaid dapat rasakan satu beban  yg amat sgt di paha dan melihat dahi baginda berkerut. Pada waktu itu Baginda sedang menerima wahyu daripada Allah SWT. Nabi saw kemudian berkata kepada Zaid, "Tulislah, "Laa yastawil qaa'iduuna minal mu'miniin wal mujaahiduuna fi sabiilillah (Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah)." 

Setelah mendengar ayat itu Abdullah b. Ummi Makthum pon mempersoalkan, "Wahai Rasulullah, tapi saya buta." Setelah itu Zaid merasa berat di paha nya lagi sekali dan baginda pon berkerut dahi. Kemudian, Baginda menyuruh Zaid menulis semua ayat tadi kepada "Laa yastawil qaa'iduuna minal mu'miniin ghairu ulidh dharari wal mujaahiduuna fi sabiilillah ("Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya.)

Bagi yg tak perasan apa beza dua ayat ni, mohon tgk lagi sekali. Ayat kedua telah ditambah selain daripada orang-orang yang ada keuzuran. Allah dah beri keizinan dekat org yg tidak cukup kemampuannya, uzur untuk tidak berperang. But wait. Do you think Ibnu Ummi Makhtum dgn senang hatinya "Lega, tkyah pergi perang" No. No. No. Dia still nak jugak pergi perang. Dia sampai kata, bawaklah aku berperang, letakkan aku di barisan dua hadapan, jadikan aku pemegang bendera. Kerana aku takkan lari. Allahu. Nampak tak semangat dia tu. Kalau kita kita? Yang sempurna anggota badan ni. Yg sihat ni? Tknak jihad? Malu :3

Kita nak jihad cemana? Jihadlah melawan nafsu raksasa tu. Jangan jadi hamba nafsu. Jangan jd hamba keldai. Oh td sedang asyik menscroll newsfeed FB terjumpa bendalah ni. 

[Credit]


Susah. Memang susah. Tak tipu. Tapi dari kita membayangkan susahnya nak melawan nafsu tu kenapa kita tkcuba. Sure you can feel the sweetness. Ini pon bukan propa. Manih betul betul manih. Tenang betul betul tenang. Serious. 

Analogi mudah, kita ada esaimen kena buat. Susah tahap pecah kepala la nak kata. Tapi kalau kita pikir susah tp tkmove on buat esaimen tu, mampukah kita siapkan sebelum due date? Confirm tak. Melainkan ada makhluk mulia nak tolong kau buat. Allahualam. So so so. Stop beralasan. Mulakan perubahan. Perlahan perlahan. Sekecil kecil perubahan.  Allah nampak usaha kita. Yg penting  Istiqamah. Jgn kita jadi bak kata hlovate "A man who decided to change on 12th dies on 11th" Nauzubillah. Moga pengakhiran kita baik. Husnul Khatimah. In sha Allah sesama kita.

Most favourite verse of mine in the quran. Setiap kali tgk ayat ni. Nak bagi alasan pon tkjadi.
  
"BERANGKATLAH KAMU BAIK DENGAN RASA RINGAN MAHUPUN DENGAN RASA BERAT, DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH BAIK BAGIMU JIKA KAMU MENGETAHUI"


(AT-TAUBAH:41)


Pada aku ayat ni sgt sgt boost up. Malu rasa nak bagi alasan kalau nak menuju jalan Allah. NO MORE EXCUSES. MAKE CHANGES. #DO MORE LAH

Recommendation: Google pasal Abu Ayub Al Ansari. Semangat dia hebak jugak. Dan sahabat sahabat Baginda Rasulullah SAW yg lain. Semua sgt mantap semangat jihadnye. 

Salam. Selamat Malam. Doakan saya siap esaimen. Heheheh. Kbai

No comments: