Apakah arti hidupku ini. Part III

Apakah yg dibincangkan disini? Hmm bagi yang terlepas mungkin boleh baca previous entri dulu. 

Okay In sha Allah. Saya cuba menyampaikan tapi ketahuilah sesungguhnya kefahaman itu milik Allah. Bukalah pintu hati seluas-luasnya untuk memahami apa yang saya nak sampaikan. Eh. Macam saspens je.

So previous entri saya bangkitkan pasal tujuan hidup kita iaitu Abid dan Khalifah. Dan tujuan hidup sebagai Abid itu telah pun saya cover. Harini ni kita cakap pasal khalifah.

Khalifah? Apa ek? *dalam kepala bayang Khulafa Ar Rasyidin* Eh

Sebelum itu, pernah terfikir tak kenapa Allah jadikan manusia ini berbeza beza agama. Ada yang Buddha, ada yang Kristian. Dan ada yang Islam. Kenapa Dia tak lahirkan semua orang dalam Islam ek? Kan senang. Kalau Allah nak Kun faya kun je kot.

Agak agaklah kan, kalau syurga itu untuk org Islam, adilkah bagi mereka yang lahir lahir sahaja sudah diperkenalkan kepada agama Kristian sehinggakan sampai lanjut usia pon tidak pernah tahu pasal agama yang syumul ini(Islam)?? Adilkah?!

Hmm contoh mudah, kita nak exam Organic Chem esok ni. Punyalah pulun study sampai berpanda panda mata. Tengok kawan sorang ni lek je. Kejadahnya! Stghesss aku! Rupa-rupanya dalam diam dia ni dah tahu soalan apa nak keluaq esok sbb lecturer bagitau kat dia sorang je. Anak emas la nih. And time dapat result kawan kita ni dapat A++ gitu. Kita?? Hanya mampu dapat D. Agak agak bila usha kawan kita tu sakit hati tak ? Dapat soalan bocoq bolehlaaa! Mesti bengang kan. Haaa samalah jugak mcm orang orang yang beragama lain ini. Mestilah mereka akan marah jika kita ni tak menyampaikan sepatah haram pon pasal Islam kat dorg. Tup tup kena masuk neraka. Adilkah???

Haaaa. Nak tahu kenapa Allah jadikan kita ni berbeza beza agamanya? Sebab nak bagi kita peluang lah melengkapkan tujuan hidup kita sebagai khalifah tu. Kalau semua orang dah faham Islam, apa lagi yang kita nak sampaikan ye dak. Tapi tidak perlulah berasa terlalu berat untuk menyampaikan Islam itu kepada not yet muslim kat luar sana. Kita boleh cuba dengan memahamkan kawan kawan kita dan diri kita sendiri yang hidup dizaman kekelabuan antara haq dan batil. Dah masuk kelabu kelabu hitam dah ni. Jgn sampai kita dah tktahu beza mana salah mana betul. Nauzubillah.

Hmm mungkin dah nampak sikit apakah itu Khalifah.

Khalifah ini pemimpin. Pemimpin yang menyeru dan menyampaikan kebenaran. Yang menegakkan kebenaran yang sudah semakin kelabu ini. Khalifah ini bukan untuk para daie atau para menteri sahaja. Tujuan hidup manusia diciptakan sendiri adalah untuk menjadi KHALIFAH. And in the quran also says so. 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Allah menciptakan kita untuk menjadi khalifah. Haa. Semua manusia ek. Unless you trust Darwin's theory that you're a monkey, you can ignore this verse. Ehhhhhh.

Fakta perlu tahu:

Islam sudah 89 tahun tanpa khalifah setelah Mustofa Kamal At-Tartuk menggulingkan Abdul Hamid II.
Sampai ketahun 2013 dan dah nak masuk 2014 kita masih tiada khalifah. Dan yang paling penting selagi kita tiada khalifah. Selagi Islam tidak tertegak selagi itulah kita berdosa. So masing masing boleh agak berapa banyak dosa kita ada nak ditambah dengan dosa dosa lain lagi. Masha Allah. Mampukah aku ke Syurga mu? *cries*

Sama-samalah kita fikir macam mana nak melengkapkan tujuan hidup kita itu. Abid dan Khalifah. Samalah kalau buat experiment mesti ada tujuan. Kalau takda maka kemanalah hala tuju experiment itu? Hmmm. Moga kita sedar tersentuh hingga ke dalam hati sedalam dalamnya. 

Mungkin kita rasa banyak lagi masa. Tapi percayalah. It's NOT! Hang boleh mati bila bila je kot. Kalau hang tk sempat laksana tujuan hidup hang nanti nak jawab apa dalam kubuq? Itu satu hal. Nanti apa hujah anda nak bagi tatkala saudara saudara yang non-muslim itu datang menyerang dah menyalahkan anda 100% kerana tidak menjelaskan kepada mereka. Ayokk!

Kita masih muda ini, perbetulkan diri. Kikis jahiliyyah. Spread Islam. Peace will be upon you. In sha Allah.

Jom spend masa anda untuk 10 minit saja demi memahami kenapa lah khalifah itu penting!!!! Buka lah pintu hati seluas luasnya untuk memahami mesej video ini. 






2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. May Allah bless you :) Teruskan menulis :)

NDNMNR said...

Jazakallah khair :)