Beberapa siri usrah pertama banyak disentuh tentang ISK (Ini sejarah kita). Disitulah saya mula nampak kenapa para senior ni begitu gigih nak tarik kami masuk usrah.Tapi sifatnya manusia ini mudah lupa, lemau dan sebagainya, bila tiba summer break selama 2 bulan, diri dibiarkan lemau tanpa tarbiah hingga hati pernah terdetik untuk meninggalkan usrah. Astaghfirullah.
Bermula sem baru, sama masih dipanggil untuk berbulatan cinta bersama usrahmates. Kembali diingatkan perkara yang mungkin telah lupa. Memperbetulkan niat. Diperingatkan tujuan hidup manusia diciptakan. Hati dibasahkan kembali. Syukur. Alhamdulillah syukur, kerana Allah masih memilih hamba marhaen ini untuk terus menyusuri jalan jalan Syurga ini. Betapa hati pernah merasa ingin menolak tapi Dia tidak pernah menarik nikmat yang besar ini daripada saya. Allah. Allah.
Wahai teman, Allah itu Maha Penyayang. Muhasabahlah, berapa kali hati kamu menolak untuk menyertai gerabak tarbiah ini. Berapa kali kamu merasa semua ini kolot. Tiada significant-nya dalam hidup kamu. Tapi Dia masih memberi kamu peluang untuk terus menyertainya walaupun sekuat mana kamu menolak. Sungguhnya nikmat Tuhan yang manakah lagi mahu kamu dustakan?
Saya tidak berkata usrah adalah satu satunya jalan untuk mentarbiah diri. Banyak wasilah yang boleh digunakan untuk mentarbiah diri dan kembali kepadaNya. Seperti yang telah dihuraikan oleh Inche Gabbana dalam blognya. Baca sini. Namun semuanya berbalik kepada niat dan keikhlasan. Tarbiah ini sesuai untuk mereka yang rela ditarbiah sahaja. Maka relakanlah diri anda wahai teman yang saya kasihi.
Wahai teman, belum tibakah masa untuk kita sama sama kembali kepadanya? Berapa lama masa lagi kalian mahukan? Moga Allah beri petunjuk kepada semua. Saya doakan kita semua diredhai Allah.
Aseef jiddan sekiranya terdapat masalah tatabahasa dan sekiranya saya menyebabkan anda semua tidak senang duduk sampai rasa nak pecahkan laptop dan sbgnya.
Moga Allah redha.