Berbaloikah lelah itu?

Am feeling so tired menelaah ilmu sihir. Sakit kepala. Penat. Namun sanggup mengendahkan rasa lelah demi 70% average. Sanggup bersengkang mata demi memastikan A. Sanggup segalanya sanggup demi mencapai matlamat duniawi yang tidak pasti itu. Jika ditakdirkan mati tatkala study  demi lepas requirement tu? Apa yang boleh kita persembahkan dihadapan Maha Kuasa? Cukupkah bekalan kita menghadapi hari yang Maha Azab? Sudah terlaksanakah tujuan hidup kita yang dua itu; abid dan khalifah? Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum itu wafat dalam keadaan langsai semuanya. Tiada yang bakal dituntut oleh Allah. Kita bagaimana?

Betapa risaunya diri ini tatkala sedar masih banyak yang belum revise lagi untuk exam lagi 4 hari ni. Mulalah merancang cara paling sistematik paling muntij nak study within these 4 days. 

Tapi kenapa tidak risau tatkala hati sudah tidak rasa apa apa pabila mendengar kalam Allah? Kenapa tidak peduli bila solat sudah tidak mencegah kemungkaran? Kenapa tiada usaha mencari detergent pencuci hati? Kenapa berita palestin, syria, afrika sudah tidak menaikkan semangat jihad? Kenapa tidak kisah kalau tak kenal 10 sahabat yang dijanjikan Syurga? Kenapa maksiat sekeliling dikatakan cool? Kenapa wahai jiwa yang mengaku Islam? Tidak malukah kita dgn para sahabat? Mereka inginkan syurga mereka beri nyawa kepada Allah. Kita? Inginkan syurga namun kita tiada beza dgn kafir. Allahu. 

This is something to ponder. Something to be thinking of before you go to bed. Muhasabah!

------------------------------------------------

Tidaklah entry ini berniat melunturkan semangat kalian yang gigih pulun study. Namun ingatlah disamping study bagaimana kita menjaga hubungan dengan Allah itu sendiri. Bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai abid dan khalifah itu? Kerana siapa pun kita hari ini kita hanya hidup di atas belas ihsan dan rahmatNya. Belum tibakah masa untuk kita jadi hamba Allah yang mensyukuri nikmat kehidupan ini? 



Bittaufiq wannajah! May Allah ease (: 

p/s: hari ni sudah hari Jumaat. Kahfi yukk! 


*muntij: efektif
*ilmu sihir: cth (bio, chem, pharmacy, dsb)

Pemuda itu

Pemuda itu
Berdarah panas
Semangatnya kuat
Inkuirinya tinggi
Lantang percakapannya
Bersih dan bisa dibersihkan

Sayang seribu kali sayang
Nilai murni itu menjadi sia 
Pemuda kini bersemangat jika ke konsert
Pemuda kini panas bila ditegur
Pemuda kini gemar teladan Barat
Pemuda kini kotor bahasanya

Andai mereka faham
Mereka bisa gentarkan musuh
Andai mereka faham
Mereka mampu jadi  Al Fateh
Andai mereka faham
Mereka bisa bina keamanan!

Mereka perlu difahamkan
Mereka perlu dikembalikan kpd Islam
Mereka itu aset berharga
Kita butuh jiwa muda
Yang mengerti 
Dunia hanyalah permainan

Bangkitlah!
Ayuh!






------------------------------------------------
Mungkin inilah sbbnya penjajah bersungguh-sungguh merosakkan pemuda kita. Pelbagai hiburan dihidangkan supaya produk produk pemuda yang dilahirkan adalah pemuda yang lemah, tiada semangat jihad, jauh dari Al Quran serta bergelumang dalam kancah kemaksiatan. Nantilah wahai penjajah. Nantikanlah kebangkitan pemuda pemuda Islam ini. Nantikanlah! Yuk berusaha yuk! 







Anda ada pilihan

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim,

Terasa sukar sangat untuk mulakan ayat pertama dalam post ini. Moga Allah permudahkan. Insha Allah. 

Harini ada seorang akhawat Nottingham (tidak tahu nak insert nama atau tak) share apa yang dia sembangkan dengan seorang ukhti. Here goes her story:

"Assalamualaikum, haritu duduk dan beriman sejenak dengan seorang ukhti ni. She's Insha Allah going to take Pharmacy for her degree. The case is nenek dia masuk hospital haritu. Then mak ukhti ni pergi la jumpa doktor. A guy. Muda lagi. Graduate oversea. Mak ukhti ni cakap la yang anak dia akan further Pharmacy. Tetiba doktor ni bukak cerita. Dia kata course paling tough kat oversea are Medic and Pharmacy. And this doc mention that selalunya yang fail ialah orang yang join usrah. Suspens betol. Doc tu pon join usrah jugak tapi bila clash dengan kerja dia tak join la. Dia suruh balancekan both."

Aku baca dan aku terfikir eh kenapa budak budak usrah pulak yang dimention. Tetapi mungkin ada tarbiyah yang Allah nak bagi kot. Insha Allah.

Cepat aku teringat kata murobbiku, dalam jalan DnT ni bukan untuk orang yang manja. Jalan ni tidaklah mudah. Semuanya akan dituntut dari kita. Masa, harta, keseronokan, jahiliah (erk). Semuanya. Jadi berbalik kepada cerita tadi, kenapa ek budak usrah ni fail je?? Pada aku, mungkin itulah ujian Allah untuk mereka mereka ini. Jalan menuju syurga itu tidak mudah dan Allah tak akan bagi sewenang-wenangnya. Kau goyang kaki di dunia dan okay kau boleh masuk syurga sekarang. Tidak. Banyak tapisan tapisan bagi menapis yang benar benar cinta dan komited atas jalan ini. Mungkin mereka diuji dengan fail exam. Okay cuba letakkan diri ditempat mereka. Kita join usrah, daurah, mukhayyam bagai. Then, bila final exam kita fail. Apa yang kita akan salahkan. Kita? Program DnT? Allah? Waktu itulah iman akan tergugat. Waktu itulah tapisan Allah berlaku. Mungkin bila kita dah fail exam kita decide taknak join usrah sbb buang masa katanya. Tapi ada juga yang mungkin kekal join sebab dia faham apa matlamat hidup dia. Mungkin juga dengan fail exam tu menyebabkan dia lagi bersungguh untuk melaksanakan 10 muwasafat tarbiyah. Mungkin dengan fail exam itu dia bergerak lagi laju dari sebelumnya. Banyak tarbiyah yang Allah nak beri dengan hanya satu ujian yang sekecil kuman tu. Yang membezakan kesan ujian itu adalah cara kita berfikir kerana pemikiran mereka yang ditarbiyah itu sepatutnya berbeza dari pemikiran orang lain. Banyak lagi ujian yang akan Allah beri dimana kita diberi pilihan. Kita mungkin akan menghadapi masalah dimana terpaksa memilih antara keluarga atau DnT. Memilih cinta si dia atau Si Dia. Memilih kerjaya atau syurga. 


Pantasnya kita ini bila diuji sebegini carilah murobbi, carilah biah solehah itu, carilah mereka yang sama fikrahnya dengan kita kerana mereka inilah yang akan pegang tangan kita tatkala kita nak terjatuh. Mereka inilah yang akan sentiasa bersama kita menempuh onak duri (ewah).  Jangan larikan diri, buat keputusan sendiri. Kerana bila sendiri itu ada syaitan yang menemani (jeng jeng jeng). 

Bila terasa goyah itu, ingatlah balik apa matlamat hidup kita. Kenapa Allah pilih kita in the first place untuk menyertai gerabak ini. Kenapa bukan sifulan. Kenapa kita yang menjadi insan terpilih? Allah lebih tahu. 

Ujian ujian inilah yang Insha Allah akan menjadi tiket ke Syurga yang Maha Indah itu *mata berbentuk hati merah* 

Jadi bila diuji itu bersyukurlah kerana Allah masih ingin mentarbiyah diri kita yang hina ini. 

Jadi tempuhlah ujian dengan semangat super saiya. Jangan lemah. Umat perlukan anda. Umat sedang tenat. Umat sedang dihina. Kita kena kuat. Kita kena SEMANGAT! We are what we obsessed! Kita obseskan syurga? Ayukk jadi mereka berjiwa syurga!!


[kredit]

Moga kita dapat melepasi semua tapisan tapisan Allah itu. Amin. Insha Allah. Jumpa di Syurga *emoji bibir muncung bagi hati*






Kenapa aku pilih kau?

Sebelum masuk Nottingham MALAYSIA Campus kat Semenyih ni, mak ulang kali pesan nanti kat sana cari ilmu agama jugak. Risau mak ni haa. Yelah mak mana tak risau nak hantar anak yang masih tidak punya pendirian tetap ke international uni yang mmg rata rata studentnya bukan orang Islam. Dia kata trylah cari usrah, ceramah dan seangkatan dengannya. And I was like okay okay I will. Dah settle down dalam seminggu dekat Notts, ada satu malam ni pergilah IC sebab kata kawan kawan ada usrah. Dalam hati pon kata lah "eh kena pergi ni sebab mak dah pesan cari usrah semua". Masa ni serious blur apa purpose usrah sebab saya ada satu niat je, untuk bagi makan kat cik rohani sebab yelah kat U (tambah tambah lagi Nottingham ni) jarang nak ada program agama. So macam takut jugaklah terkeluar dari landasan. Nauzubillah. Tapi masa tu saya hanya aim nak datang usrah bila rasa perlu, maksudnya bila saya rasa hati saya kosong baru nak pergi (boleh pulak centu). Jadi at first macam reluctant jugaklah bila nak kena jumpa every week, nak main sama sama, buat aktiviti sama sama. Pernah saya berkata "aku nak join usrah ni sbb nak dgr ilmu yg disampaikan shj, ukhwah fillah semua tu macam tk perlu je". Tapi syukur Allah masih menyentuh hati saya untuk join setiap siri usrah dimana saya semakin jelas kenapa mak saya nak sgt saya ni join usrah.

Beberapa siri usrah pertama banyak disentuh tentang ISK (Ini sejarah kita). Disitulah saya mula nampak kenapa para senior ni begitu gigih nak tarik kami masuk usrah.Tapi sifatnya manusia ini mudah lupa, lemau dan sebagainya, bila tiba summer break selama 2 bulan, diri dibiarkan lemau tanpa tarbiah hingga hati pernah terdetik untuk meninggalkan usrah. Astaghfirullah. 

Bermula sem baru, sama masih dipanggil untuk berbulatan cinta bersama usrahmates. Kembali diingatkan perkara yang mungkin telah lupa. Memperbetulkan niat. Diperingatkan tujuan hidup manusia diciptakan. Hati dibasahkan kembali. Syukur. Alhamdulillah syukur, kerana Allah masih memilih hamba marhaen ini untuk terus menyusuri jalan jalan Syurga ini. Betapa hati pernah merasa ingin menolak tapi Dia tidak pernah menarik nikmat yang besar ini daripada saya. Allah. Allah. 

Wahai teman, Allah itu Maha Penyayang. Muhasabahlah, berapa kali hati kamu menolak untuk menyertai gerabak tarbiah ini. Berapa kali kamu merasa semua ini kolot. Tiada significant-nya dalam hidup kamu. Tapi Dia masih memberi kamu peluang untuk terus menyertainya walaupun sekuat mana kamu menolak. Sungguhnya nikmat Tuhan yang manakah lagi mahu kamu dustakan? 

Saya tidak berkata usrah adalah satu satunya jalan untuk mentarbiah diri. Banyak wasilah yang boleh digunakan untuk mentarbiah diri dan kembali kepadaNya. Seperti yang telah dihuraikan oleh Inche Gabbana dalam blognya. Baca sini. Namun semuanya berbalik kepada niat dan keikhlasan. Tarbiah ini sesuai untuk mereka yang rela ditarbiah sahaja. Maka relakanlah diri anda wahai teman yang saya kasihi.

Wahai teman, belum tibakah masa untuk kita sama sama kembali kepadanya? Berapa lama masa lagi kalian mahukan? Moga Allah beri petunjuk kepada semua. Saya doakan kita semua diredhai Allah. 

Aseef jiddan sekiranya terdapat masalah tatabahasa dan sekiranya saya menyebabkan anda semua tidak senang duduk sampai rasa nak pecahkan laptop dan sbgnya.

Moga Allah redha. 


Exam




2 papers down. 2 to go.
Entahlah. Nak kata okay tak jugak nak kata tak okay pon, hmmm. Semalam punya exam which is Physical Chem agak mendukacitakan. Tbh, time exam tu rasa nak menjerit sebab taktahu nak jawab apa. Partial pressure pon taktahu. Like seriously Na?!! Errr. Geram, kecewa semua ada lah. Then after exam jugaklah carry mark for SSS keluar. Haihh berganda kecewa. I was thinking "Can I pass the requirement for Mpharm?" Haaa mula rasa down. Nak menangis semua. Mulalah menyesal dgn keputusan memilih Nottingham in the first place. Sangat!! Tapi satu benda je yg dapat memujuk. Allah campakkan aku di Bumi Nottingham ni mungkin untuk memberi peluang kepada aku merasai keindahan tarbiyah. *cries* 

Berbalik kepada kisah exam tadi. As usual org mmg akan cakap tawakal jelah. Tawakal. Exam dan tawakal itu sangat berkait rapat bukan? Tawakal ini hanya kita kenal masa exam je. Agree? 

Tawakal itu bila kita sudah tidak kisah apa apa lagi yg Allah dah tentukan untuk kita. Bukan lah bermaksud tawakal itu tanpa usaha. Tawakal itu berserah diri sepenuhnya kepada Allah kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk kita semasa, setelah kita berusaha bersungguh-sungguh. Here's the link for longer explanation of Tawakal. 

Dan tatkala diri ini rasa rendah menyembah bumi, hanya Allah sahaja yang mampu memberi ketenangan. Carilah 10 penasihat pon. Allah adalah sebaik baik penenang jiwa. Allahu. Benarlah " La Tahzan, Rabbuna Ma'ana"

This entry is more like for my own reflection. Sudah cukup bertawakalkah aku? Apa niat aku belajar selama ini? Semata mata untuk lepas requirement Mpharm? Untuk ke Ukayss? Allahu :( 

Orang di Syria, Palestin tu lagi teruk diduga. Layakkah kita mahu berasa sedih? Layakkah kita untuk katakan tidak mahu move on hanya kerana exam yang tidak mampu menjamin syurga itu? Layakkah? Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah. 

Ampunkan aku Ya Allah.