Rants #2

Harini go through ayat "Dan siapakah yang lebih menepati janjiNya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan demikian itulah kemenangan yang agung". Allah kata maka bergembiralah! 

Been asking myself betul ke ada org yang happy dalam jalan ni. But then I asked myself again, how do you define happiness? (Skrg semua benda pun nak kena define, sbb definisi yang akan effect tindakan kita)

Jika kebahagiaan itu didefinisikan dengan kebebasan melakukan apa sahaja mengikut kata hati. Maka memang kau tidak akan rasa bahagianya disini.

Jika kebahagiaan itu digambarkan dengan keluar melagho utk release stress, going wild, laugh out loud till we forget the stress. Then this is not the path that will give you happiness. 

Jadi, kenapa Allah kata bergembiralah? Sedangkan semua benda yang happy tu banyaknya menjauhkan daripadaNya. 

Hmm...

Teringat seorang akak ni share, kebahagiaan tu adalah bila kita berjaya tundukkan hawa nafsu dan ikut apa yang Allah nak. Kebahagiaan yang sebenar adalah bila kita berjaya keluarkan taghut dalam diri kita dan diri orang lain juga. Sbb nak mencapai redha Allah tu kan kena sampai semua orang pun tunduk kepada Allah. Kalau Allah dah redha takkanlah Dia tak bagi kita rasa gembira tu. Kan?

Okay so kau rasa tak kau sedang menuju kebahagiaan yang abadi sekarang ni? Kau rasa tak happy sekarang ni? 

Happy tu bukan happy yang dibuat-buat. True happiness comes from within, right? Perasaan itu datangnya daripada lubuk hati yang paling dalam. Walaupun diluarnya, orang akan rasa takde life, tapi hakikatnya inilah yang memberi kehidupan kepada kita! Dan perasaan happy didalam hati itu tidak mampu dibendung hingga terpancar di raut muka, sehingga menarik orang-orang diluar sana untuk bersama mendalami kebahagiaan yang kita rasakan. Kalau kita sendiri yang berada di jalan menuju kebahagiaan abadi ni tak rasa happy macam manalah orang-orang yang belum berada di jalan ni nak tertarik? 

And then I asked myself again, are you happy enough to be here? (tetiba teringat lagu Daerah Ini)

Bila tgk sorang akak ni, entah kenapa happy-go-lucky je, sikit-sikit gelak, sense of humor pun boleh tahan gak haha lama tak jumpa akhawat camni, tapi best gak ada orang camni, penceria suasana, penambah seri gittew. 

Memang sepatutnya da'i tu kena jadi  penceria suasana dan penambah seri kan? Tambah2 dalam kekusutan masyarakat yang tidak sudah-sudah. Da'i lah pembawa harapan dan sinar gemilang! 

Maka bergembiralah dengan jalan ini, sebab Allah nak beli jiwa dan harta kita untuk bagi syurga yang lebih besar dan indah. Takkan tak happy lagi?! 

Awak happy tak tu?
Mr Squirrel pun nak support kita nak buat tujuan hidup
(Glasgow, Scotland)



We have entire universe sebagai support system!
So be happy-lah 😁


D.

Dunkirk, Nottingham 8:13PM 15/12/2016

No comments: