Fourth year opss its FINAL year! Time flies so fast that sometimes I asked myself 'betulke aku kat UK, betulke aku dah nak habis Mpharm etc etc'. Back then, 2018 is so far away now its about a month left before entering 2018. Things have been really hectic at the moment. I cried. I complained. I'm tired. BUT little did I know, its a blessing in disguise.
Terlalu besar tarbiah yang Allah nak ajar di tahun akhir ini. Mungkin persediaan kepada benda yang lagi besar. InshaAllah. Mulanya sukar untuk memahami. Sukar untuk menerima. My heart was rebelled. Rasa nak lari dari semua kekusutan dan keserabutan ini for the time being. Rasa I need my "me time". Ironi sangat sedangkan mengaku diri daie.
Makin besar, tuntutan dakwah tidak makin mudah. Jika dulu kita hanya dituntut tinggalkan jahiliah kini semua yang kita rasa hak kita juga dituntut ; masa, harta, jiwa semuanya untuk umat. Jika dulu seronok berada dalam jalan yang mungkin kerana ditampal atas sebab2 lain, kini Allah membersihkan semua sebab2 yang ada hingga yang tinggal hanya Allah. Sakit. Penat. Tapi as I said earlier, its a blessing in disguise. Susahkan? Susah untuk nampak tarbiah yang Allah nak ajar.
"Dakwah itu tugas mulia"
"Kita sedang menelusuri jalan para Rasul dan sahabat"
"Dakwah itu penghormatan tertinggi yang Allah beri kepada manusia"
Selalu sangat dengar kata2 macam ni. But deep down inside, do we really feel the same? To be honest, sometimes it feels like words that we merely said.
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? (29:2 )
Allah akan terus menguji dan membersihkan apa yang ada disudut hati paling dalam, hingga apa yang kita katakan selari dengan apa yang kita rasa dan amalkan. That's how I feel right now. Pembersihan itu yang Allah sedang laksanakan. It feels really hurt but the fact that you struggle because of Him, itulah cinta, kan? Bertapa Allah inginkan kita kembali kepada Dia sebersih-bersihnya, itulah nikmatnya.
Ya Allah ilhamkan aku untuk tetap mensyukuri nikmatmu, Ya Allah ilhamkan aku untuk beramal dengan kefahamanku. I may fall down again and again, but please never give up on me Ya Allah.
Dunkirk, Notts 15/11/2017
No comments:
Post a Comment