Maaf

Malam ni ada sesi pukul 930pm. Jam baru around 8pm tapi mata dah mula melayu, so aku decide to have a nap supaya segar untuk sesi. Tiba-tiba Anaz datang minta ajar math sebab aku dah janji bagi dia main Ipad kalau buat latihan math. Semua soalan sudah dibuat, tinggal satu sahaja yang dia konfius dan nak aku ajar. Tapi aku mengantuk, those who know me knew that Im not very good when people disturbed my sleep, too bad. Jadi takde mood tapi melihatkan Anaz gigih nak belajar tak sampai hati nak hancurkan hatinya. Ajar la tapi macam singa lol. Aku cuba terangkan dan bantu dia untuk berfikir, aku tak suka spoonfeed dia. Setelah beberapa kali menerangkan dan dia masih tak faham-faham aku jadi marah. Suara aku makin tinggi, riak muka dia pun berubah, takut. Bless him. (Tapi just so you know boy, I'm not gonna spoonfeed you, thats not how you will survive. Know that I am very worry to think how you gonna grow up). Akhirnya, aku ugut dia if aku bagi jawapan dia tak boleh main Ipad but then suddenly teringat post seorang ukhti ni tentang parenting and that, what Im about to do is not a very good parenting method (memungkiri janji is a big no no okay parents). So I said to him, you can still play but 15 mins only (untuk usaha dia menyelesaikan soalan2 yang lain). Tapi dia masih taknak give up, nak terus fikir. Sesi aku dah nak mula so I have to get him out quickly haha. So aku pun tunjukkanlah jalan kerja kepada dia and done! 

Serba salah menyelubungi diri sebab memarahi dia, I know kids can be very sensitive and I dont want to leave any scar on him. Sebelum sesi mula, aku minta maaf kepada dia. Susah, serious sangat susah nak minta maaf tu. Because, we are adult, we know more thats why I scolded you. I am worry about you. I want you to learn because Im not gonna be with you forever, tiber. But paused! Budak2, mereka egocentric, susah nak nampak apa yang kita nak dia nampak.  Jadi kita, orang yang acah dewasa ni tundukkanlah ego. Minta maaf bila buat salah. Minta maaf bila terkasar. Kids they have feelings and a very sensitive one. They are pure and innocent. Kita selalu ajar mereka untuk minta maaf bila buat salah, tapi kenapa kita tak boleh/ susah tunjukkan contoh yang sama. Monkey see, monkey do remember? Aku minta maaf dan dia dengan mudahnya okay dan senyum. Seriouslahhhhhh. Seolah-olah tadi tu macam takde apa, padahal muka dia cuak dah tadi. Bebudak, too pure, tiada dendam. Kitalah yang bertanggungjawab mencorakkan masa depan mereka nak jadi manusia macam mana. 

Serious, aku bab maaf memaafkan memang failed. Banyak kali diuji perkara yang sama. Sama ada untuk memohon maaf atas kesalahan diri/ memaafkan kesalahan orang lain. Ego tinggi melangit tapi selalunya aku sendiri yang tertanya diri sendiri kenapa nak marah sangat or mati ke kalau meminta maaf. Dan di setiap ujian itu aku akan menyesal sendiri bila hal yang sepatutnya boleh settle dengan cepat by just saying sorry jadi hal besar yang sampai berminggu-minggu. Akulah tu. Struggle yang paling-paling aku nak buang dalam diri. Belajar dari si budak kecik tak tahu banyak ni. Mudah memaafkan. Pure. Yang dewasa yang acah tahu banyak sangat benda tu, jangan ego sangat. Sakit untuk menundukkan ego, tapi puas. Kau takkan rasa sempit dada, serabut. Easier said than done, tapi Allah pandang setiap usaha. Best kan? :) 

Sorry Anaz :)

No comments: