Reflection #1

"Akak nama akak macam kawan baik saya!"
"Oh ye, mana dia? Ada tak kat sini. Kata kawan baik"
".........." terkedu. 

Baru berkenalan dengan akak tu. Yang sempat tahu hanya nama, asal dan cite tarbiah dia sikit tapi mmg straightforward la akak ni. Dari ceritanya bagaimana dia mendapat tarbiah nampak dia sangat hargai sentuhan murabbi pertama yang menyelamatkan dia dari ceruk jahiliah. Nampak dia sangat appreciate tarbiah yang dia dapat. Aku kagum. Bila dia tanya soalan tu aku memang terkelu, terkejut dan soalan tu buat aku berfikir. 

Pahit yang perlu aku telan, aku masih lagi pandang dakwah dan tarbiah ini asing/sekular. Hanya bila aku mentajmik, membawa liqa aku sudah berdakwah. Hanya kerana aku attend usrah, nadwah every week aku dah ditarbiah. Lupa dekat orang2 terdekat malah tersayang disekeliling aku. Apa effort aku nak bawa mereka kepada Allah? Padahal, bila kata sayang apa makna sayang? Sayang sekadar bersuka2 hangout catching up and thats it? Sayang itu harusnya sampai ke syurga!

Aku tak cerita sangat apa yang aku buat let alone cerita content apa2 yang aku dapat. Aku fikir cukup mereka nampak aku sedikit berubah. Dengan harapan mereka tertarik dan nak bertanya. Ianya mungkin tapi sikit percentage nya orang yang nak bertanya. Aku tak cerita jugak sebab aku takut dengan pandangan mereka terhadap tarbiah bila tgk aku ni malas etc. They are the ones who know my bad side. Aku takut jadi fitnah. Dan mungkin juga aku takut aku perlu jd baik/perfect sentiasa. Jauh di sudut paling dalam sebenarnya, aku masih tak sibghah dgn tarbiah. Aku masih tak kaffah wholeheartedly. Masih ada sudut2 jahiliah/ sisi diri yang tak selari dengan Islam yang aku taknak lepaskan. Itu sebenarnya. Padahal jika aku bercerita, mungkin mereka akan jadi support sistem aku dikala futur dirumah. Mungkin mereka yang akan menjadi kekuatan untuk aku terus push diri kepada yang lebih baik. Kepada manusia yang syumul Islamnya; sbg seorang anak, seorang sahabat, colleague or even a stranger.

Dakwah dan Tarbiah itu SELURUH kehidupan. Tiada ruang untuk berhenti.
Teringat kata sorang akak tu, "If you want to take a break, take it. But do it within vicinity (masih dalam ruang lingkup Islam)."

Akak, terima kasih bertanyakan soalan itu. Its still haunting me till today in a good way.  

No comments: