AKU DISERANG!!!!!!!!!!




Ohhoi, Iphone latest keluaq dah wei. Jom ah beli!!
Wey, hang kenai dak Kwangsoo? Ala yg runningman tu. Yang tinggi tu. Apa org panggil. Giraffe? Haa giraffe.
Mat, kau tau lagu apa nombor satu carta billboard sekarang? Ha tau tau. *sambil rap ala eminem* 
Look at me today. Do I look like Taylor Swift? *pffft*

dan pelbagai lagi ragam manusia zaman ini. 

Bila ditanya kenal siapa Hassan al Banna? *krik krik krik*
Doa bangun tidoq hafal dak? // Hoishh mestilah hafal. *muka yakin tadah tangan dan baca "Allahumma bariklana......"* geleng kepala
Tahu ke isu kat palestin/mesir/syria/rohingya dsb? // Mestilah tahu. Bergolak kan? // Sebab apa ek bergolak? // *krik krik krik krik................*

Sedar tak sedar memang ini realitinya sekarang. Kita ni telah diserang!!!! Eh apa yang dia ni kalut. Aku tkdengaq bunyi bom ke tembak tembak ke. Malaysia masih aman la wei. 

Yup, secara fizikalnya Malaysia memang masih aman. Aman pada tafsiran kita; masih boleh berfikir selama 4 5 jam baju apa yang perlu dipakai nak ke kelas esok. Eh.
Aman sangat sampai pakat obes semua. No offense.

Ghazwul Fikr atau dalam melayunya Serangan Pemikiran. Kita ini sedang diserang secara halus oleh yahudi. Like seriously? Ini serious. Bukan propa. 

Fakta yang anda semua sangat sangat perlu tahu:

Kalau kita ni ada 7 maratib amal dalam usaha menegakkan Islam kembali. Yahudi pula ada 8 gagasan menghancus leburkan umat Islam.
Apa dia 8 gagasan tu?

1. Fun
2. Female
3. Food
4. Fashion
5. Smoke
6. Sex
7. Song
8. Sport

Hmm, dan sekiranya kalian yang membaca adalah orang yang berfikir. I mean deep thinker. Eh you must be! Mesti kalian akan bersetuju dengan saya kalau saya katakan gagasan mereka ini telah berjaya 100% di Malaysia. Tidak perlulah lihat negara yang jauh jauh. Malaysia sahaja sudah berjaya buktikan semuanya. And then we say "Malaysia masih aman"

Secara jujurnya, saya sendiri baru tahu tentang Ghazwul Fikr ini. Agenda utamanya adalah MENJAUHKAN UMAT ISLAM DARIPADA AL-QURAN. See, yahudi pon sedar, yahudi pon lebih cakna daripada kita bahawa Al-Quran itu sangatlah hebat hingga mereka tidak akan mampu kalahkan kita jika kita ini masih berpegang teguh dengan Al-Quran. Dan yahudi juga sedar yang manusia ini memang sukakan hiburan. Jadi dia lalaikan kita dengan 8 gagasan diatas. Percayalah, kita semua kini telah diserang. Termasuk diri ini :(

William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) -
mantan PM Britain zaman Queen Victoria

Lihat apa kata dia:
                                                     
"selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". - ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )

Ada satu cerita ni, tentera musuh Islam datang nak serang negara Islam. Dalam perjalanan dorang ternampak seorang kanak kanak menangis. Maka dorang pon bertanyalah kepada kanak-kanak tersebut kenapa dia menangis. Nak tau apa budak tu cakap? Haaaa, dia kata dia nangis sebab Al-Quran dia hilang. // Hek eleh poyo la budak ni. Nangis pasal Quran hilang je kot. Pfttttt. 
After dengar jawapan kanak-kanak itu, lalu tentera musuh pon patah balik, tk jadi nak serang. Sebab apa? Ha sebab dorang tahu selagi umat Islam berpegang teguh pada Al-Quran, selagi itu dorg takkan menang. Umat Islam ni perang sebab nak syahid. Padahal dorg pulak perang sbb nak hidup. So mana yang lagi kuat semangatnya? Haaa.

Then after few years later kot, musuh Islam pon datang balik. At that time sama jugak ada budak nangis. Tapi kali ini sebab dia nangis tu dah meyakinkan yahudi untuk serang negara Islam tu. Apa ek sebab budak tu nangis?? Haaaa, budak tu dia nangis sebab S4 hilang, selipar kena curi, baru lepas clash (editted version punya). Nampak dah permainan dia kat situ?? Nampak tak? Nampak tak bertapa AlQuran tu hebat. Al Quran tu penting!! 

Yahudi ni dia memang akan cuba sedaya upaya dia menghancurkan kita (umat Islam). Takpercaya? Bukan saya yang kata. Allah yang kata.

"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)." (61:8)

"...Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari ugama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)." (2:217)

Takutkan? Takut sangat terpesong daripada jalan yang lurus ni. NAUZUBILLAH. Tapi sesungguhnya takut, tahu tanpa membuahkan sebarang amal itu sia-sia dan sesungguhnya kita ini dalam kerugian. Dekatkanlah diri dengan Al-Quran (baca, faham dan amal). Jauhkanlah diri daripada 8 gagasan tadi tu. Kita sendiri boleh tgk gaya hidup kita. Kita dah terlalu menjadikan Eropah itu sebagai idola. Apa yang mereka cakap, apa yang mereka pakai, apa yang mereka nyanyi , apa yang mereka buat kesemuanya kita ikut sampai dah tak rasa benda tu salah. Nak adapt yang baik baik dari dorg tkpelah. Taksalah. Tapi kalau benda yang bertentangan dengan Islam pon nak ikut, payahlaa,

Bak kata seorang ukhti ni, tanda tanda kita telah diserang ialah benda yang salah jadi betul. Contoh mudah kita tengok orang tak tutup aurat/ membungkus aurat kita rasa normal. Tgk couple bermesra-mesraan kita kata "alololo so sawitt". Apabila kita terlalu bangga dengan yang salah. Terlalu menjadi hamba kepada nafsu bak raksasa itu. Terlalu mengagung-agung orang Barat.  Marilah kita sama sama betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul. 

Tidak ingatkan kita yang kita pernah mencapai tahap 2/3 dunia? Menjadi rujukan seluruh dunia? Bilakah zaman itu akan kembali jika umat Islam sendiri seronok menghancurkan umatnya?? Allahu. 

Dan sesungguhnya kalau dinanti-nanti masa untuk berubah itu, takut nanti hati keras. And CikB kata orang yang tengah ikat tali kasut belah kanan, belum tentu sempat ikat tali kasut belah kiri. Takut-takut tak sempat jelah nak berhijrah tu.

Oh ya. Video ni kira macam sum up apa yang saya dok bebel sepanjang entri ni. Seronok video ni and banyak ibrahnya. Spend la masa beberapa ketika k ^^



Mr The All Shared


Masih dijajah

Belum cukupkah lagi
Hidup di dalam JAHILIYYAH?!!

Mulut kata 
Aku BENCI
Hati kata 
Aku CINTA
JAHILIYYAH!!!

Tidakkah kalian lihat
Umat Islam di Palestine
Mesir, Syria, Myanmar?
Tidakkah kalian mengerti
Apa yang sedang berlaku?

Berdakwah dikata kolot
Mengikut syariat dikata lame
Dan kita kata
Syukur Malaysia masih aman

Dimanakah keamanan jika pemikiran itu dijajah?
Dijajah oleh YAHUDI!!!
Yahudi ketawa 
Kita meraikan
Umat Islam menangis!!!

Belum tibakah masanya lagi
Untuk kita buat sesuatu?
Untuk ISLAM

Keluarlah dari pemikiran sekular
Lihatlah dunia yang nazak ini
Cukuplah pentingkan diri
Katanya Sorga mahu bersama




p/s: ini bukan puisi




Apakah arti hidupku ini. Part III

Apakah yg dibincangkan disini? Hmm bagi yang terlepas mungkin boleh baca previous entri dulu. 

Okay In sha Allah. Saya cuba menyampaikan tapi ketahuilah sesungguhnya kefahaman itu milik Allah. Bukalah pintu hati seluas-luasnya untuk memahami apa yang saya nak sampaikan. Eh. Macam saspens je.

So previous entri saya bangkitkan pasal tujuan hidup kita iaitu Abid dan Khalifah. Dan tujuan hidup sebagai Abid itu telah pun saya cover. Harini ni kita cakap pasal khalifah.

Khalifah? Apa ek? *dalam kepala bayang Khulafa Ar Rasyidin* Eh

Sebelum itu, pernah terfikir tak kenapa Allah jadikan manusia ini berbeza beza agama. Ada yang Buddha, ada yang Kristian. Dan ada yang Islam. Kenapa Dia tak lahirkan semua orang dalam Islam ek? Kan senang. Kalau Allah nak Kun faya kun je kot.

Agak agaklah kan, kalau syurga itu untuk org Islam, adilkah bagi mereka yang lahir lahir sahaja sudah diperkenalkan kepada agama Kristian sehinggakan sampai lanjut usia pon tidak pernah tahu pasal agama yang syumul ini(Islam)?? Adilkah?!

Hmm contoh mudah, kita nak exam Organic Chem esok ni. Punyalah pulun study sampai berpanda panda mata. Tengok kawan sorang ni lek je. Kejadahnya! Stghesss aku! Rupa-rupanya dalam diam dia ni dah tahu soalan apa nak keluaq esok sbb lecturer bagitau kat dia sorang je. Anak emas la nih. And time dapat result kawan kita ni dapat A++ gitu. Kita?? Hanya mampu dapat D. Agak agak bila usha kawan kita tu sakit hati tak ? Dapat soalan bocoq bolehlaaa! Mesti bengang kan. Haaa samalah jugak mcm orang orang yang beragama lain ini. Mestilah mereka akan marah jika kita ni tak menyampaikan sepatah haram pon pasal Islam kat dorg. Tup tup kena masuk neraka. Adilkah???

Haaaa. Nak tahu kenapa Allah jadikan kita ni berbeza beza agamanya? Sebab nak bagi kita peluang lah melengkapkan tujuan hidup kita sebagai khalifah tu. Kalau semua orang dah faham Islam, apa lagi yang kita nak sampaikan ye dak. Tapi tidak perlulah berasa terlalu berat untuk menyampaikan Islam itu kepada not yet muslim kat luar sana. Kita boleh cuba dengan memahamkan kawan kawan kita dan diri kita sendiri yang hidup dizaman kekelabuan antara haq dan batil. Dah masuk kelabu kelabu hitam dah ni. Jgn sampai kita dah tktahu beza mana salah mana betul. Nauzubillah.

Hmm mungkin dah nampak sikit apakah itu Khalifah.

Khalifah ini pemimpin. Pemimpin yang menyeru dan menyampaikan kebenaran. Yang menegakkan kebenaran yang sudah semakin kelabu ini. Khalifah ini bukan untuk para daie atau para menteri sahaja. Tujuan hidup manusia diciptakan sendiri adalah untuk menjadi KHALIFAH. And in the quran also says so. 

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Allah menciptakan kita untuk menjadi khalifah. Haa. Semua manusia ek. Unless you trust Darwin's theory that you're a monkey, you can ignore this verse. Ehhhhhh.

Fakta perlu tahu:

Islam sudah 89 tahun tanpa khalifah setelah Mustofa Kamal At-Tartuk menggulingkan Abdul Hamid II.
Sampai ketahun 2013 dan dah nak masuk 2014 kita masih tiada khalifah. Dan yang paling penting selagi kita tiada khalifah. Selagi Islam tidak tertegak selagi itulah kita berdosa. So masing masing boleh agak berapa banyak dosa kita ada nak ditambah dengan dosa dosa lain lagi. Masha Allah. Mampukah aku ke Syurga mu? *cries*

Sama-samalah kita fikir macam mana nak melengkapkan tujuan hidup kita itu. Abid dan Khalifah. Samalah kalau buat experiment mesti ada tujuan. Kalau takda maka kemanalah hala tuju experiment itu? Hmmm. Moga kita sedar tersentuh hingga ke dalam hati sedalam dalamnya. 

Mungkin kita rasa banyak lagi masa. Tapi percayalah. It's NOT! Hang boleh mati bila bila je kot. Kalau hang tk sempat laksana tujuan hidup hang nanti nak jawab apa dalam kubuq? Itu satu hal. Nanti apa hujah anda nak bagi tatkala saudara saudara yang non-muslim itu datang menyerang dah menyalahkan anda 100% kerana tidak menjelaskan kepada mereka. Ayokk!

Kita masih muda ini, perbetulkan diri. Kikis jahiliyyah. Spread Islam. Peace will be upon you. In sha Allah.

Jom spend masa anda untuk 10 minit saja demi memahami kenapa lah khalifah itu penting!!!! Buka lah pintu hati seluas luasnya untuk memahami mesej video ini. 






Apakah arti hidupku ini. Part II

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Mungkin ada yang sudah tahu jawapannya. Mungkin juga ada yang tidak ambil kisah and was like "apa benda dia ni dok kalut bebel tujuan hidup?" Tak kisahlah kita berada di golongan yang mana. Tapi harapnya dalam kalangan orang orang yang berfikir... 
Sebelum itu, recap balik la previous entry. Mohon siapa yang tak baca lg boleh baca dulu kot. In sha Allah, jika Allah menginginkan kebaikan untuk kita dia akan beri kefahaman. Dan, beruntunglah bagi orang orang yang berfikir. In sha Allah. 

Fundamental question: What is the purpose of our life? 

Jawapannya sangat mudah, dan saya rasa students yang belajar subjek Pendidikan Islam dekat sekolah memang ada go through pasal benda ni. Cuma sama ada kita ambil sampai ke hati atau menghafal jawapan demi A+ itu. 

Lets straight to the point. Kita hanya ada DUA tujuan hidup. Tujuan kenapa kita diciptakan. DUA je kot. Tak banyak aih. Formula differentiation lagi banyak. Jenuh nak ingat. 

1. Ibadah
2. Khalifah

Okay done. Kalau dalam exam agama soalan ni 4 markah kot. So pandai-pandailah hurai. Eh.

Kali ini, saya nak elaborate pasal ibadah sahaja. In sha Allah, semua orang faham maksud ibadah ek. Menghambakan diri kepada Allah semata-mata. Dengan melakukan ibadat-ibadat seperti solat, zakat, puasa , haji, baca Quran dsb.  

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (51:56) 

Mungkin kita boleh reflect balik, dah berapa lama tak baca Al-Quran. Dah berapa lama kita tinggalkan solat. Ataupun, dah berapa lama kita buat semua ni tapi hati tidak bersama. Hati sudah tidak merasa manisnya ber'dating' dengan Allah. Kita buat semua ibadat ini kerana "telah menjadi rutin hidup aku dari kecil." Tapi kita tak faham dan tidak cuba memahami ibadat yang kita buat. Sama samalah kita reflect balik.

Ibadah semata-mata kerana ALLAH. For the sake of Allah. Bukanlah kita melaksanakan ibadah untuk memperoleh result yang bagus dalam exam. Semata mata untuk memperoleh jodoh yang baik. Bukan ya. Perbetulkan niat kerana Allah. In sha Allah. 

Tidak perlu rasanya saya huraikan macam mana nak buat ibadah itu dan ini. Sheikh google sentiasa ada untuk membantu. Cuma harapnya kita masing masing sedar kenapa kita ni kena beribadah kepaa Allah. "Ohh aku solat ni sbb itu tujuan hidup aku, Allah tk ciptakan aku untuk pulun belajar kejar degree" 

Namun jangan pula ada salah faham disini. Dakwah dan Tarbiyah mmg no SATU. Tidak syak lagi. Sebab Allah dah berfirman dah pon. Siapa kita nak melawan Allah SWT kan. Tapi!! Study bukan no 2 ya kawan kawan. Jangan pulak lepas ni semua duduk ditikar sembahyang 24/7. Bak kata pepatah "akhirat akhirat juga, dunia jangan dilupa."

Okay so saya ada nak share sikit mutabaah amal. Ohh mutabaah amal ni adalah list amal yang berterusan kita buat. I mean hari hari. Hmm sebabnya kata orang perubahan yang drastik itu tidaklah berapa bagus. So kita berubah sikit sikit. Samalah macam perokok tegar yang nak berhenti merokok. Bayangkan hari hari hisap rokok sampai 2 3 kotak rokok sehari. Tiba tiba stop terus. Memang tak akan tahan lama kebiasaannya. Memang dia akan kembali menjadi perokok malah yang lebih tegar. So kita taknaklah jadi macam tu. In sha Allah, Dia pandang usaha kita walau sekecil zarah sekalipun. Mutabaah amal ni in sha Allah akan lebih dekatkan diri kita dengan Allah. Akan menyucikan hati kita yang dah lama sakit tu. In sha Allah.

For beginner:

1. Tadabur ayat 1 page sehari 
-tadabur ayat ni maksudnya baca Al-quran sekali dengan terjemahannya. 

2.Solat sunat Dhuha- 2 kali seminggu
-buat lebih kurang range pukul 8-12 (nak lagi tepat boleh tanya orang yg lebih arif)

3. Qiamullail sekali sebulan
-Qiam In sha Allah mampu beri kekuatan pada kita. Kekuatan hati untuk terus kekal di jalan tarbiyah ini

4. Puasa sunat sekali seminggu
-mengajar diri kawal nafsu. Tambah tambah dalam proses nak berubah. Banyak dugaan dan cabarannya

5. Al- Mathurat sekali sehari (after Subuh/ after Asar or Maghrib)
-zikir terapi diri. 
-perlindungan Allah swt

6. Zikir 90kali sehari
-tahmid; alhamdulillah 30x
-takbir; Allahu akbar 30x
-tasbih; Subhanallah 30x

7. Bacaan ilmiah/ video
-tingkatkan ilmu

8. Menyantuni ibu bapa

Bagi yang dah pernah dapat mutabaah amal dan sedang melaksanakannya teruskan. Dan tingkatkan. In sha Allah. 
 
Sama sama kita memperbaiki ibadat kita, membersihkan hati kita dan menghayati tujuan hidup kita sebagai abid itu. In sha Allah. Semoga Allah merahmati kalian.


Apakah arti hidupku ini. Part I

Waktu kecik-kecik dulu cikgu selalu suruh tulis cita-cita  dekat belakang buku laporan akademik Antara yg paling cliche: Doktor, Cikgu, Polis, hebat sikit angkasawan. Masa tu kita bercita-cita hanyalah semata-mata bercita-cita. Tiada agenda lain. Besar sikit. Nak jadi Jurutera pulak. Macam hebat je. Bila meningkat dewasa, kita menjadi org yg semakin mengejar cita-cita kerana AKU MAHU JADI KAYA. Kerana mahu buktikan AKU INI BIJAKSANA. Makin lama kita makin tenggelam dalam kitaran hidup yg sikit sikit membunuh jiwa kita. Sedar tidak sedar,  kita ini sudah dilatih untuk berfikiran seperti itu. Kalau ikutkan garis masa kehidupan kita. Dari darjah darjah dulu. Boleh kita senaraikan apa tujuan kita?

Kanak-kanak
-nak dapat 5A 
-nak masuk SBP/MRSM

Pasca UPSR
-nak ranking top 1. eh*
-nak masuk segala jenis aktiviti yg ada*
-nak PMR A lurus

Pasca PMR
-Ulang *
-nak SPM A lurus

Pasca SPM
-nak masuk Universiti berprestij
-nak diploma/degree gempak

Pasca Universiti
-apalagi KAHWIN aaaaaa. Kata nak bina baitul muslim. EH
-kerja sbb nak jadi org kaya (dalam kepala bayang rumah 4 tingkat, 2 swimming pool, 5 biji kereta, anak yg masih baby pakai iphone 14)

Generasi seterusnya ULANG. 

After that??? Cukup dah tujuan hidup kalian? Sempurna dah apa yg dicita-citakan? Did I missed something?? 

Inilah yg dipanggil kitaran membunuh. Semakin lama manusia merasakan hidup di muka bumi ini hanya untuk mengejar cita-cita yg tidak pasti.

Eh eh eh, just to clarify, anda yakin ini je tujuan hidup di muka bumi yg luas ni? Serious ke weh? Apa lagi ek? Jika benarlah ini sahaja yg menjadi tujuan sepanjang hidup, maka anda masih belum belum cukup umur. 
Tak berkelayakan lagi nak membina masjid. 

Dipetik dari tafsir fil zilal karangan Syed Qutb:

"Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak- kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini?..."

Too deep.

Pernah tak ada satu ketika anda tertanya-tanya sebenarnya kenapa Allah ciptakan manusia? Hmm agak-agak kenapa ye? *brainstorm sebentar bersama kitkat*

-To be continued-