Berbaloikah lelah itu?

Am feeling so tired menelaah ilmu sihir. Sakit kepala. Penat. Namun sanggup mengendahkan rasa lelah demi 70% average. Sanggup bersengkang mata demi memastikan A. Sanggup segalanya sanggup demi mencapai matlamat duniawi yang tidak pasti itu. Jika ditakdirkan mati tatkala study  demi lepas requirement tu? Apa yang boleh kita persembahkan dihadapan Maha Kuasa? Cukupkah bekalan kita menghadapi hari yang Maha Azab? Sudah terlaksanakah tujuan hidup kita yang dua itu; abid dan khalifah? Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum itu wafat dalam keadaan langsai semuanya. Tiada yang bakal dituntut oleh Allah. Kita bagaimana?

Betapa risaunya diri ini tatkala sedar masih banyak yang belum revise lagi untuk exam lagi 4 hari ni. Mulalah merancang cara paling sistematik paling muntij nak study within these 4 days. 

Tapi kenapa tidak risau tatkala hati sudah tidak rasa apa apa pabila mendengar kalam Allah? Kenapa tidak peduli bila solat sudah tidak mencegah kemungkaran? Kenapa tiada usaha mencari detergent pencuci hati? Kenapa berita palestin, syria, afrika sudah tidak menaikkan semangat jihad? Kenapa tidak kisah kalau tak kenal 10 sahabat yang dijanjikan Syurga? Kenapa maksiat sekeliling dikatakan cool? Kenapa wahai jiwa yang mengaku Islam? Tidak malukah kita dgn para sahabat? Mereka inginkan syurga mereka beri nyawa kepada Allah. Kita? Inginkan syurga namun kita tiada beza dgn kafir. Allahu. 

This is something to ponder. Something to be thinking of before you go to bed. Muhasabah!

------------------------------------------------

Tidaklah entry ini berniat melunturkan semangat kalian yang gigih pulun study. Namun ingatlah disamping study bagaimana kita menjaga hubungan dengan Allah itu sendiri. Bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai abid dan khalifah itu? Kerana siapa pun kita hari ini kita hanya hidup di atas belas ihsan dan rahmatNya. Belum tibakah masa untuk kita jadi hamba Allah yang mensyukuri nikmat kehidupan ini? 



Bittaufiq wannajah! May Allah ease (: 

p/s: hari ni sudah hari Jumaat. Kahfi yukk! 


*muntij: efektif
*ilmu sihir: cth (bio, chem, pharmacy, dsb)

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ukhti fillah :) Belajar tu hanyalah alat untuk kita mencapai matlamat. Jangan sampai alat itu melalaikan kita daripada terus mengejar matlamat kita yang hakiki itu. Apa-apa pun, bittaufiq wannajah untuk exam nanti. Doa dari jauh! ;)

Anonymous said...

sayang kak adamantium fillah. trima kasih utk peringatan tu! Sedikit komentar mmbina buat kak adamantium, lps ni kan, cik anon nk request supaya akak letak maksud2 prkataan dlm ni. CTH, ilmu sihir dan muntij. Masih ada org yg xfhm apa makna sebenar di sebalik prkataan ni. Teruskn menulis & menyentuh hati keranaNya! :*

NDNMNR said...

Jazakumullahu khairan katheera atas peringatan. Insha Allah sama sama cuba melaksanakan apa daya demi mencapai matlamat yang hakiki tu. Doa dari jauh juga ;)

NDNMNR said...

Jazakumullahu khairan katheera cik anon atas teguran tu. Insha Allah sy cuba perbaiki lagi. Lillahitaala.

Anonymous said...

nadhirahhh.

Anonymous said...

Niat belajar ilmu dunia, kalau kerana Allah pun dikira sbg jihad kecil kan? Kerana akhirnya usaha 'study' tersebut bakal memberi manfaat kepada ummat? Betulkan saya jika salah. Jazakillah khair

Anonymous said...

This:
http://unclemilydungun.blogspot.com/2013/07/bentuk-bentuk-jihad-dalam-islam.html?m=1

https://www.google.com.my/url?sa=t&source=web&cd=2&ved=0CB8QFjAB&url=http%3A%2F%2Focw.utm.my%2Fmod%2Fresource%2Fview.php%3Fid%3D1334&rct=j&q=ilmu%20sains%20fardu%20kifayah&ei=V_i3VPTgJouVuATV0oDoDg&usg=AFQjCNG4yU-De2aLYqVkLM8HCrZSzoKK9w&bvm=bv.83829542,d.c2E


Luaskan pemikiran kita ttg ilmu. Keep up the good work. See you in jannah insyaAllah.