Fisabilillah

"Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;"

"Iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
 (An nisa:95-96)

JIHAD. Apa benda first terbayang di pikiran? Hmm. Adakah ini?


Memang biasa. Membayangkan jihad dgn mengangkat senjata melawan musuh musuh Islam. Dan kita dgn mudah berlapang dada berkata "Aku tkmampu la nak jihad. Angkat senjata pon aku yg terangkat" ataupun "Perang jauh nun kat Mesir. Kat Palestin. Acano la aku nak pergi. Duit tambang ktm dr kajang-rawang pon masih mengemis." Ehemm. 

Betul dah tu Jihad closely related to perang. Kalau dalam Al-quran pon. Jihad. Perang. Jihad. Perang. Perang. Jihad. Waktu zaman Rasulullah SAW, mmg jihad pd masa itu adalah perang. Kalau kita rajin tadabur ayat, kita akan sedar, bnyak ayat yg turun memperkatakan berkenaan jihad. Antaranya yg dua kat atas tu. Ada kisah disebalik ayat ni. Apa org kata? Asbabun Nuzul.

Kisah psl seorg sahabat Nabi SAW bernama, Abdullah b. Umi Makhtum. Okay jujur kata, aku pon first time dengar nama dia time usrah kelmarin. Kalau korg rajin bolehlah bukak Al-quran terjemahan, Surah Abasa. Pon ada cerita pasal beliau. Hebat tk hebat. Allah turunkan ayat dua kali kot untuk dia. Haaaa. Mohon jealous. Berbalik kepada Abdullah ni td. Dia ni buta. Buta yg tknmpak org tuuuuu. Kalau dah buta cemana nak pergi perang ye dak? Tp dia ni tkpernah menjadikan keuzuran dia tu utk tidak berperang. Ada dlm satu hadis diriwayatkan oleh Zaid bin Thabit. Jalan ceritanya lebih kurg mcm ni la.

Ketika dalam satu majlis perkongsian ilmu, Zaid bin Thabit duduk disebelah Rasulullah SAW dgn keadaan paha baginda menimpa paha Zaid. Sedang dalam perkongsian tersebut tiba tiba *jeng jeng jeng* Zaid dapat rasakan satu beban  yg amat sgt di paha dan melihat dahi baginda berkerut. Pada waktu itu Baginda sedang menerima wahyu daripada Allah SWT. Nabi saw kemudian berkata kepada Zaid, "Tulislah, "Laa yastawil qaa'iduuna minal mu'miniin wal mujaahiduuna fi sabiilillah (Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah)." 

Setelah mendengar ayat itu Abdullah b. Ummi Makthum pon mempersoalkan, "Wahai Rasulullah, tapi saya buta." Setelah itu Zaid merasa berat di paha nya lagi sekali dan baginda pon berkerut dahi. Kemudian, Baginda menyuruh Zaid menulis semua ayat tadi kepada "Laa yastawil qaa'iduuna minal mu'miniin ghairu ulidh dharari wal mujaahiduuna fi sabiilillah ("Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya.)

Bagi yg tak perasan apa beza dua ayat ni, mohon tgk lagi sekali. Ayat kedua telah ditambah selain daripada orang-orang yang ada keuzuran. Allah dah beri keizinan dekat org yg tidak cukup kemampuannya, uzur untuk tidak berperang. But wait. Do you think Ibnu Ummi Makhtum dgn senang hatinya "Lega, tkyah pergi perang" No. No. No. Dia still nak jugak pergi perang. Dia sampai kata, bawaklah aku berperang, letakkan aku di barisan dua hadapan, jadikan aku pemegang bendera. Kerana aku takkan lari. Allahu. Nampak tak semangat dia tu. Kalau kita kita? Yang sempurna anggota badan ni. Yg sihat ni? Tknak jihad? Malu :3

Kita nak jihad cemana? Jihadlah melawan nafsu raksasa tu. Jangan jadi hamba nafsu. Jangan jd hamba keldai. Oh td sedang asyik menscroll newsfeed FB terjumpa bendalah ni. 

[Credit]


Susah. Memang susah. Tak tipu. Tapi dari kita membayangkan susahnya nak melawan nafsu tu kenapa kita tkcuba. Sure you can feel the sweetness. Ini pon bukan propa. Manih betul betul manih. Tenang betul betul tenang. Serious. 

Analogi mudah, kita ada esaimen kena buat. Susah tahap pecah kepala la nak kata. Tapi kalau kita pikir susah tp tkmove on buat esaimen tu, mampukah kita siapkan sebelum due date? Confirm tak. Melainkan ada makhluk mulia nak tolong kau buat. Allahualam. So so so. Stop beralasan. Mulakan perubahan. Perlahan perlahan. Sekecil kecil perubahan.  Allah nampak usaha kita. Yg penting  Istiqamah. Jgn kita jadi bak kata hlovate "A man who decided to change on 12th dies on 11th" Nauzubillah. Moga pengakhiran kita baik. Husnul Khatimah. In sha Allah sesama kita.

Most favourite verse of mine in the quran. Setiap kali tgk ayat ni. Nak bagi alasan pon tkjadi.
  
"BERANGKATLAH KAMU BAIK DENGAN RASA RINGAN MAHUPUN DENGAN RASA BERAT, DAN BERJIHADLAH DENGAN HARTA DAN JIWA KAMU DI JALAN ALLAH. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH LEBIH BAIK BAGIMU JIKA KAMU MENGETAHUI"


(AT-TAUBAH:41)


Pada aku ayat ni sgt sgt boost up. Malu rasa nak bagi alasan kalau nak menuju jalan Allah. NO MORE EXCUSES. MAKE CHANGES. #DO MORE LAH

Recommendation: Google pasal Abu Ayub Al Ansari. Semangat dia hebak jugak. Dan sahabat sahabat Baginda Rasulullah SAW yg lain. Semua sgt mantap semangat jihadnye. 

Salam. Selamat Malam. Doakan saya siap esaimen. Heheheh. Kbai

Hati

Hati ini masih terlalu lemah.
Terlalu rapuh.
Diduga sedikit sudah lelah.
Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah. 
Kuatkan aku di jalan tarbiyah.
Huraikan simpulan lidah agar dapat mencurah sedikit ilmu
Kuatkan aku. Sentuhlah hati aku dimana aku silap. 
Moga kekal dijalan ini. 

In sha Allah. 

Manihnyaaa

Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tk update. Sbb liat sgt tgn ni nak menaip pnjg pnjg.

Salam alaik. Alhamdulillah. Allah bg lg peluang hidup di bumi ini walaupun banyak. Terlalu banyak dosa kita dah buat. ALLAHU. Ambiklah masa beberapa saat beristighfar. Tajdid niat. Teringat masa daurah, ada sorg ukhti ni share, dia kata kalau boleh setiap saat kita betulkan niat kita. Hati kita mudah sgt berubah niatnya. Dari ikhlas boleh jadi riak. Nauzubillah. 

Apa yg manih ngat tu? Haha. Benda ni takdela awesome mana. Saja nak share. Semalam aku dok pulun buat assignment tp tak siap. Buat tutorial tp tak siap. Sbb tak tahu. Blur. Sampai denyut denyut kepala ni mintak rehat. Aku pulun sbb plannya harini ada family outing. Dah dekat sebulan tk balik rumah. Then kalau balik pon dok sibuk buat assignment. Apakah makna semua ini? So aku plan harini mmg nak spend time dgn family la kan. Tp tp dalam hati ni dok risau assignment. Dok pikiaq test, tutorial. Kalau tk join family outing, tksedap rasanya. Ahh dilema wanita. Harharhar. Nak dijadikan cerita, plan harini cancel. Kechiwa sikit la sbb dah pulun kot semalam. Tp bila dipikir balik, Allah je yg tahu gundah gulana hati ini. Allah cuba menenangkan hati ini. Dgn cara batalkan plan itu. Oh yeahh. Harini rasa sgt, Ya Allah kenapa sweet sgt ni. Jatuh hati!! Terima kasih sbb memahami. Alhamdulillah. Allah tu sentiasa ada untuk kita. Sentiasa tunjuk jalan untuk kita. Tp mungkin kita belum berusaha mencari hidayah tu. Jadi kita tk nampak bertapa manihnyaa Allah. Kalah Aaron Aziz. Kalah Zayn Malik. Kalah wehh. 

Ini situasi aku. Kita move on ke situasi lain pulak.

Cerita paling klise pasangan bercintun. Si uda ajak dating hari Ahad 20/10/2013 nak dating. Si dara kemain seronok. Dah siap beli baju baru nak dress up lelawo. First date katanya. Siapa yg tknak nmpk bak bidadari. Amboih kau.. Alih alih, pukul 1.03am (20/10/2013) si uda text. Katanya kena cancel sbb ada family matter. Haa mulalah si dara mencebik. Sedih kot! Tidurlah dia dalam linangan air mata sbb cancel first date. Ohhoihoihoi. Tapi kita sedar tak sebenarnya, Allah yg rancang semua ni. Sbb dia SAYANGSSSSS. Dia tknak kau. Yes kau! Terjebak dlm maksiat. "Ehh keluar pi tempat awam kot. Bukannya hotel pon. Mana ada buat maksiat." Hmmmm yelaah tu. Aku bukan nak overgeneralised kat sini. Tp ini yg berlaku kat Mesia sekarang. Tipu kalau kau ckp kau tkpernah nmpak anak muda yg tgk muka pon tau date pakai duit mak ayah ni dok pegang2 tgn. Tipulaaa. Jadi kepada si dara tadi. Mohon buat sujud syukur. Allah nak pelihara awak tu. Dia sayang kat awak. MASHA ALLAH. Sweetnyaaa. Kita lupa jea kat diaa tapi Allah? Pernah lupa kat kita? TAK PERNAH okay.

Pokoknya, Allah tu sentiasa tahu yang terbaik untuk kita. Cuma sama ada kita berfikir, kita sedar ataupun tak je. Sebab itu org kata setiap yg berlaku ada hikmahnya. Just be strong and move on till you find the rainbow. Wahhhh

Kalau ada benda yg kamu tksuka. Mmg tksuka sgt sgt lahh. Tp Allah bg kat kamu. Maka ingatlah firmannya dalam surah Al-Baqarah:216 "Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

In sha Allah, sampai sini jelah bebel ku. Maaf atas kekasaran bahasa. Mana mana yg tersentap itu ucaplah syukur kepada Allah. Alhamdulillah Dia masih lagi menyentuh hati kamu. ALHAMDULILLAH. 

Sekian.