Anda ada pilihan

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim,

Terasa sukar sangat untuk mulakan ayat pertama dalam post ini. Moga Allah permudahkan. Insha Allah. 

Harini ada seorang akhawat Nottingham (tidak tahu nak insert nama atau tak) share apa yang dia sembangkan dengan seorang ukhti. Here goes her story:

"Assalamualaikum, haritu duduk dan beriman sejenak dengan seorang ukhti ni. She's Insha Allah going to take Pharmacy for her degree. The case is nenek dia masuk hospital haritu. Then mak ukhti ni pergi la jumpa doktor. A guy. Muda lagi. Graduate oversea. Mak ukhti ni cakap la yang anak dia akan further Pharmacy. Tetiba doktor ni bukak cerita. Dia kata course paling tough kat oversea are Medic and Pharmacy. And this doc mention that selalunya yang fail ialah orang yang join usrah. Suspens betol. Doc tu pon join usrah jugak tapi bila clash dengan kerja dia tak join la. Dia suruh balancekan both."

Aku baca dan aku terfikir eh kenapa budak budak usrah pulak yang dimention. Tetapi mungkin ada tarbiyah yang Allah nak bagi kot. Insha Allah.

Cepat aku teringat kata murobbiku, dalam jalan DnT ni bukan untuk orang yang manja. Jalan ni tidaklah mudah. Semuanya akan dituntut dari kita. Masa, harta, keseronokan, jahiliah (erk). Semuanya. Jadi berbalik kepada cerita tadi, kenapa ek budak usrah ni fail je?? Pada aku, mungkin itulah ujian Allah untuk mereka mereka ini. Jalan menuju syurga itu tidak mudah dan Allah tak akan bagi sewenang-wenangnya. Kau goyang kaki di dunia dan okay kau boleh masuk syurga sekarang. Tidak. Banyak tapisan tapisan bagi menapis yang benar benar cinta dan komited atas jalan ini. Mungkin mereka diuji dengan fail exam. Okay cuba letakkan diri ditempat mereka. Kita join usrah, daurah, mukhayyam bagai. Then, bila final exam kita fail. Apa yang kita akan salahkan. Kita? Program DnT? Allah? Waktu itulah iman akan tergugat. Waktu itulah tapisan Allah berlaku. Mungkin bila kita dah fail exam kita decide taknak join usrah sbb buang masa katanya. Tapi ada juga yang mungkin kekal join sebab dia faham apa matlamat hidup dia. Mungkin juga dengan fail exam tu menyebabkan dia lagi bersungguh untuk melaksanakan 10 muwasafat tarbiyah. Mungkin dengan fail exam itu dia bergerak lagi laju dari sebelumnya. Banyak tarbiyah yang Allah nak beri dengan hanya satu ujian yang sekecil kuman tu. Yang membezakan kesan ujian itu adalah cara kita berfikir kerana pemikiran mereka yang ditarbiyah itu sepatutnya berbeza dari pemikiran orang lain. Banyak lagi ujian yang akan Allah beri dimana kita diberi pilihan. Kita mungkin akan menghadapi masalah dimana terpaksa memilih antara keluarga atau DnT. Memilih cinta si dia atau Si Dia. Memilih kerjaya atau syurga. 


Pantasnya kita ini bila diuji sebegini carilah murobbi, carilah biah solehah itu, carilah mereka yang sama fikrahnya dengan kita kerana mereka inilah yang akan pegang tangan kita tatkala kita nak terjatuh. Mereka inilah yang akan sentiasa bersama kita menempuh onak duri (ewah).  Jangan larikan diri, buat keputusan sendiri. Kerana bila sendiri itu ada syaitan yang menemani (jeng jeng jeng). 

Bila terasa goyah itu, ingatlah balik apa matlamat hidup kita. Kenapa Allah pilih kita in the first place untuk menyertai gerabak ini. Kenapa bukan sifulan. Kenapa kita yang menjadi insan terpilih? Allah lebih tahu. 

Ujian ujian inilah yang Insha Allah akan menjadi tiket ke Syurga yang Maha Indah itu *mata berbentuk hati merah* 

Jadi bila diuji itu bersyukurlah kerana Allah masih ingin mentarbiyah diri kita yang hina ini. 

Jadi tempuhlah ujian dengan semangat super saiya. Jangan lemah. Umat perlukan anda. Umat sedang tenat. Umat sedang dihina. Kita kena kuat. Kita kena SEMANGAT! We are what we obsessed! Kita obseskan syurga? Ayukk jadi mereka berjiwa syurga!!


[kredit]

Moga kita dapat melepasi semua tapisan tapisan Allah itu. Amin. Insha Allah. Jumpa di Syurga *emoji bibir muncung bagi hati*