Kenapa aku pilih kau?

Sebelum masuk Nottingham MALAYSIA Campus kat Semenyih ni, mak ulang kali pesan nanti kat sana cari ilmu agama jugak. Risau mak ni haa. Yelah mak mana tak risau nak hantar anak yang masih tidak punya pendirian tetap ke international uni yang mmg rata rata studentnya bukan orang Islam. Dia kata trylah cari usrah, ceramah dan seangkatan dengannya. And I was like okay okay I will. Dah settle down dalam seminggu dekat Notts, ada satu malam ni pergilah IC sebab kata kawan kawan ada usrah. Dalam hati pon kata lah "eh kena pergi ni sebab mak dah pesan cari usrah semua". Masa ni serious blur apa purpose usrah sebab saya ada satu niat je, untuk bagi makan kat cik rohani sebab yelah kat U (tambah tambah lagi Nottingham ni) jarang nak ada program agama. So macam takut jugaklah terkeluar dari landasan. Nauzubillah. Tapi masa tu saya hanya aim nak datang usrah bila rasa perlu, maksudnya bila saya rasa hati saya kosong baru nak pergi (boleh pulak centu). Jadi at first macam reluctant jugaklah bila nak kena jumpa every week, nak main sama sama, buat aktiviti sama sama. Pernah saya berkata "aku nak join usrah ni sbb nak dgr ilmu yg disampaikan shj, ukhwah fillah semua tu macam tk perlu je". Tapi syukur Allah masih menyentuh hati saya untuk join setiap siri usrah dimana saya semakin jelas kenapa mak saya nak sgt saya ni join usrah.

Beberapa siri usrah pertama banyak disentuh tentang ISK (Ini sejarah kita). Disitulah saya mula nampak kenapa para senior ni begitu gigih nak tarik kami masuk usrah.Tapi sifatnya manusia ini mudah lupa, lemau dan sebagainya, bila tiba summer break selama 2 bulan, diri dibiarkan lemau tanpa tarbiah hingga hati pernah terdetik untuk meninggalkan usrah. Astaghfirullah. 

Bermula sem baru, sama masih dipanggil untuk berbulatan cinta bersama usrahmates. Kembali diingatkan perkara yang mungkin telah lupa. Memperbetulkan niat. Diperingatkan tujuan hidup manusia diciptakan. Hati dibasahkan kembali. Syukur. Alhamdulillah syukur, kerana Allah masih memilih hamba marhaen ini untuk terus menyusuri jalan jalan Syurga ini. Betapa hati pernah merasa ingin menolak tapi Dia tidak pernah menarik nikmat yang besar ini daripada saya. Allah. Allah. 

Wahai teman, Allah itu Maha Penyayang. Muhasabahlah, berapa kali hati kamu menolak untuk menyertai gerabak tarbiah ini. Berapa kali kamu merasa semua ini kolot. Tiada significant-nya dalam hidup kamu. Tapi Dia masih memberi kamu peluang untuk terus menyertainya walaupun sekuat mana kamu menolak. Sungguhnya nikmat Tuhan yang manakah lagi mahu kamu dustakan? 

Saya tidak berkata usrah adalah satu satunya jalan untuk mentarbiah diri. Banyak wasilah yang boleh digunakan untuk mentarbiah diri dan kembali kepadaNya. Seperti yang telah dihuraikan oleh Inche Gabbana dalam blognya. Baca sini. Namun semuanya berbalik kepada niat dan keikhlasan. Tarbiah ini sesuai untuk mereka yang rela ditarbiah sahaja. Maka relakanlah diri anda wahai teman yang saya kasihi.

Wahai teman, belum tibakah masa untuk kita sama sama kembali kepadanya? Berapa lama masa lagi kalian mahukan? Moga Allah beri petunjuk kepada semua. Saya doakan kita semua diredhai Allah. 

Aseef jiddan sekiranya terdapat masalah tatabahasa dan sekiranya saya menyebabkan anda semua tidak senang duduk sampai rasa nak pecahkan laptop dan sbgnya.

Moga Allah redha.