Him, that I miss.

Lately,

I have been missing him,
Who? 
Him, Rasulullah. 

Entah kenapa, rasa tidak sabar mahu bertemu sosok baginda, rasa tidak sabar ingin mendengar suka duka pengalaman dakwah daripada baginda sendiri, rasa tidak sabar nak bercerita dan berkongsi rasa sakit dan pedih di jalan ini. Tak sabarnyaaaa! Tapi....bila difikirkan balik, layakkah aku? Apalah sangat sakit yang aku hadapi. Apalah sangat dugaan yang mendatang. Semuanya bermain dan berlegar dengan perasaan dan emosi sendiri. Tiada pula aku menerima ancaman bunuh. Tiada pula yang mengherdik. Tiada. Sedangkan, pabila diteliti sirah baginda, it never fails to bring tears to my eyes. 

Terharu dengan kasih sayang dan jiwa yang terlalu besar demi umat Islam. Semua kepentingan peribadi, semua perasaan dan emosi sendiri diletak tepi. Seolah-olah kebal! He was never close to selfish! Apa yang difikir hanya umat, umat dan umat! 

Ingin sekali aku menjadi sepertimu. Sebagaimana pharmacist perlu meletakkan patient as their first concern, begitu juga aku ingin sekali meletakkan umat di atas segala kepentingan dan perasaan diri ini. Aku ini khadam ummah. Aku kena bekerja keras demi ummah. Aku kena punya jiwa yang besar demi ummah. Semuanya untuk ummah. After all, itulah jalan untuk menggapai keredhaan dan cintaNya. 

When people ask what keep you motivated? Bagi aku, Rasulullah is my inspiration. Tidak pernah terfikir dek jiwanya untuk berhenti berdakwah selagi nyawa dikandung badan. Walau sakit kan ditahan jua keperitannya. Walau payah kan diharung juga ranjaunya. Kerana dia yakin Allah ada menemaninya. Jadi kenapa aku perlu memilih utk berhenti atau putus asa sedangkan usaha tak sehebat mana. 


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun hasanah (suri teladan yang baik) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (33: 21 )    
      
Sunset at Wollaton Park

Rasulullah, 

Wait for me to come home!


D.

Dunkirk, Nottingham 8:13AM 12/12/2016

No comments: