Lawan!


Bangun pagi je dah dengar cerita pelajar dirogol 38 lelaki. WHAT!! Tengah hari tadi rasa nak baca Al Jazeera, headline As Sisi menang election dgn 93% majoriti. Heh itupon sbb dah extend sehari dan paksa org keluar mengundi. Heh! Malam ni saja berita psl kanak kanak hilang dan ditemui dah takde tangan kaki. Oh where is humanity! Kes rogol, bunuh, politik tu takyah cite. Itulah pon makanan kita hari hari. Dah kenapa dengan Malaysia ni! Argh stress. *tutup telinga*

Duduk rumah. Weh this is our comfort zone kot. Nak pikir apa? Exam takyah pikir. Buat lek je org dah bagi cuti 3 bulan. Kenapa nak kusut kepala kan. 

Eh selagi tiada khalifah, selagi tu kita berdosa tahu! Selagi masalah masalah as stated masih berlaku, selagi itu dosa diatas bahu kita ni. Aduhai dosa sendiri pon tktertanggung. Guane ni? 

Khalifah itu tujuannya memakmurkan bumi. Khalifah itu tujuannya membawa manusia bertasbih kepada Allah. Dan kita semua adalah khalifah! So we should together feel the burden! 

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Aku ingin menjadikan khalifah di bumi..."

Almost a week of break, relax goyang kaki. Masa masa terbuang gitu je. Bangun pagi.... Taktahu buat apa... Tetiba eh dah malam. Apa yang kita buat? Katanya masa itu emas. Emas lah konon kan? Suka je nampak buang buang. Erm macam mana nak jadi Umar Al Khattab kalau gini? 

3 bulan cuti saya tak cakap ianya mudah untuk sustain dalam tarbiah. Tambahan jauh daripada biah solehah itu. Aduh rindunya mujahidah mujahidah gojes :P TETAPI!! Itu semua bukan alasan. Kita kena prepare diri kita untuk menjadi benih yang mampu menjadi pulau dimana sahaja. Kita mujahid sejati mana boleh mengalah. Lawan tetap lawan! Insha Allah. Moga Allah beri kekuatan. 

_______________________________________________ 

Benarlah kata Kak S, masa cuti ini syaitan akan lebih gigih berusaha mencucuk cucuk hati ini, menarik narik hati ini. Arghh jangan berlembut!! 


Berbaloikah lelah itu?

Am feeling so tired menelaah ilmu sihir. Sakit kepala. Penat. Namun sanggup mengendahkan rasa lelah demi 70% average. Sanggup bersengkang mata demi memastikan A. Sanggup segalanya sanggup demi mencapai matlamat duniawi yang tidak pasti itu. Jika ditakdirkan mati tatkala study  demi lepas requirement tu? Apa yang boleh kita persembahkan dihadapan Maha Kuasa? Cukupkah bekalan kita menghadapi hari yang Maha Azab? Sudah terlaksanakah tujuan hidup kita yang dua itu; abid dan khalifah? Sedangkan Rasulullah SAW yang maksum itu wafat dalam keadaan langsai semuanya. Tiada yang bakal dituntut oleh Allah. Kita bagaimana?

Betapa risaunya diri ini tatkala sedar masih banyak yang belum revise lagi untuk exam lagi 4 hari ni. Mulalah merancang cara paling sistematik paling muntij nak study within these 4 days. 

Tapi kenapa tidak risau tatkala hati sudah tidak rasa apa apa pabila mendengar kalam Allah? Kenapa tidak peduli bila solat sudah tidak mencegah kemungkaran? Kenapa tiada usaha mencari detergent pencuci hati? Kenapa berita palestin, syria, afrika sudah tidak menaikkan semangat jihad? Kenapa tidak kisah kalau tak kenal 10 sahabat yang dijanjikan Syurga? Kenapa maksiat sekeliling dikatakan cool? Kenapa wahai jiwa yang mengaku Islam? Tidak malukah kita dgn para sahabat? Mereka inginkan syurga mereka beri nyawa kepada Allah. Kita? Inginkan syurga namun kita tiada beza dgn kafir. Allahu. 

This is something to ponder. Something to be thinking of before you go to bed. Muhasabah!

------------------------------------------------

Tidaklah entry ini berniat melunturkan semangat kalian yang gigih pulun study. Namun ingatlah disamping study bagaimana kita menjaga hubungan dengan Allah itu sendiri. Bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai abid dan khalifah itu? Kerana siapa pun kita hari ini kita hanya hidup di atas belas ihsan dan rahmatNya. Belum tibakah masa untuk kita jadi hamba Allah yang mensyukuri nikmat kehidupan ini? 



Bittaufiq wannajah! May Allah ease (: 

p/s: hari ni sudah hari Jumaat. Kahfi yukk! 


*muntij: efektif
*ilmu sihir: cth (bio, chem, pharmacy, dsb)

Pemuda itu

Pemuda itu
Berdarah panas
Semangatnya kuat
Inkuirinya tinggi
Lantang percakapannya
Bersih dan bisa dibersihkan

Sayang seribu kali sayang
Nilai murni itu menjadi sia 
Pemuda kini bersemangat jika ke konsert
Pemuda kini panas bila ditegur
Pemuda kini gemar teladan Barat
Pemuda kini kotor bahasanya

Andai mereka faham
Mereka bisa gentarkan musuh
Andai mereka faham
Mereka mampu jadi  Al Fateh
Andai mereka faham
Mereka bisa bina keamanan!

Mereka perlu difahamkan
Mereka perlu dikembalikan kpd Islam
Mereka itu aset berharga
Kita butuh jiwa muda
Yang mengerti 
Dunia hanyalah permainan

Bangkitlah!
Ayuh!






------------------------------------------------
Mungkin inilah sbbnya penjajah bersungguh-sungguh merosakkan pemuda kita. Pelbagai hiburan dihidangkan supaya produk produk pemuda yang dilahirkan adalah pemuda yang lemah, tiada semangat jihad, jauh dari Al Quran serta bergelumang dalam kancah kemaksiatan. Nantilah wahai penjajah. Nantikanlah kebangkitan pemuda pemuda Islam ini. Nantikanlah! Yuk berusaha yuk!