Apakah arti hidupku ini. Part II

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Mungkin ada yang sudah tahu jawapannya. Mungkin juga ada yang tidak ambil kisah and was like "apa benda dia ni dok kalut bebel tujuan hidup?" Tak kisahlah kita berada di golongan yang mana. Tapi harapnya dalam kalangan orang orang yang berfikir... 
Sebelum itu, recap balik la previous entry. Mohon siapa yang tak baca lg boleh baca dulu kot. In sha Allah, jika Allah menginginkan kebaikan untuk kita dia akan beri kefahaman. Dan, beruntunglah bagi orang orang yang berfikir. In sha Allah. 

Fundamental question: What is the purpose of our life? 

Jawapannya sangat mudah, dan saya rasa students yang belajar subjek Pendidikan Islam dekat sekolah memang ada go through pasal benda ni. Cuma sama ada kita ambil sampai ke hati atau menghafal jawapan demi A+ itu. 

Lets straight to the point. Kita hanya ada DUA tujuan hidup. Tujuan kenapa kita diciptakan. DUA je kot. Tak banyak aih. Formula differentiation lagi banyak. Jenuh nak ingat. 

1. Ibadah
2. Khalifah

Okay done. Kalau dalam exam agama soalan ni 4 markah kot. So pandai-pandailah hurai. Eh.

Kali ini, saya nak elaborate pasal ibadah sahaja. In sha Allah, semua orang faham maksud ibadah ek. Menghambakan diri kepada Allah semata-mata. Dengan melakukan ibadat-ibadat seperti solat, zakat, puasa , haji, baca Quran dsb.  

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." (51:56) 

Mungkin kita boleh reflect balik, dah berapa lama tak baca Al-Quran. Dah berapa lama kita tinggalkan solat. Ataupun, dah berapa lama kita buat semua ni tapi hati tidak bersama. Hati sudah tidak merasa manisnya ber'dating' dengan Allah. Kita buat semua ibadat ini kerana "telah menjadi rutin hidup aku dari kecil." Tapi kita tak faham dan tidak cuba memahami ibadat yang kita buat. Sama samalah kita reflect balik.

Ibadah semata-mata kerana ALLAH. For the sake of Allah. Bukanlah kita melaksanakan ibadah untuk memperoleh result yang bagus dalam exam. Semata mata untuk memperoleh jodoh yang baik. Bukan ya. Perbetulkan niat kerana Allah. In sha Allah. 

Tidak perlu rasanya saya huraikan macam mana nak buat ibadah itu dan ini. Sheikh google sentiasa ada untuk membantu. Cuma harapnya kita masing masing sedar kenapa kita ni kena beribadah kepaa Allah. "Ohh aku solat ni sbb itu tujuan hidup aku, Allah tk ciptakan aku untuk pulun belajar kejar degree" 

Namun jangan pula ada salah faham disini. Dakwah dan Tarbiyah mmg no SATU. Tidak syak lagi. Sebab Allah dah berfirman dah pon. Siapa kita nak melawan Allah SWT kan. Tapi!! Study bukan no 2 ya kawan kawan. Jangan pulak lepas ni semua duduk ditikar sembahyang 24/7. Bak kata pepatah "akhirat akhirat juga, dunia jangan dilupa."

Okay so saya ada nak share sikit mutabaah amal. Ohh mutabaah amal ni adalah list amal yang berterusan kita buat. I mean hari hari. Hmm sebabnya kata orang perubahan yang drastik itu tidaklah berapa bagus. So kita berubah sikit sikit. Samalah macam perokok tegar yang nak berhenti merokok. Bayangkan hari hari hisap rokok sampai 2 3 kotak rokok sehari. Tiba tiba stop terus. Memang tak akan tahan lama kebiasaannya. Memang dia akan kembali menjadi perokok malah yang lebih tegar. So kita taknaklah jadi macam tu. In sha Allah, Dia pandang usaha kita walau sekecil zarah sekalipun. Mutabaah amal ni in sha Allah akan lebih dekatkan diri kita dengan Allah. Akan menyucikan hati kita yang dah lama sakit tu. In sha Allah.

For beginner:

1. Tadabur ayat 1 page sehari 
-tadabur ayat ni maksudnya baca Al-quran sekali dengan terjemahannya. 

2.Solat sunat Dhuha- 2 kali seminggu
-buat lebih kurang range pukul 8-12 (nak lagi tepat boleh tanya orang yg lebih arif)

3. Qiamullail sekali sebulan
-Qiam In sha Allah mampu beri kekuatan pada kita. Kekuatan hati untuk terus kekal di jalan tarbiyah ini

4. Puasa sunat sekali seminggu
-mengajar diri kawal nafsu. Tambah tambah dalam proses nak berubah. Banyak dugaan dan cabarannya

5. Al- Mathurat sekali sehari (after Subuh/ after Asar or Maghrib)
-zikir terapi diri. 
-perlindungan Allah swt

6. Zikir 90kali sehari
-tahmid; alhamdulillah 30x
-takbir; Allahu akbar 30x
-tasbih; Subhanallah 30x

7. Bacaan ilmiah/ video
-tingkatkan ilmu

8. Menyantuni ibu bapa

Bagi yang dah pernah dapat mutabaah amal dan sedang melaksanakannya teruskan. Dan tingkatkan. In sha Allah. 
 
Sama sama kita memperbaiki ibadat kita, membersihkan hati kita dan menghayati tujuan hidup kita sebagai abid itu. In sha Allah. Semoga Allah merahmati kalian.


Apakah arti hidupku ini. Part I

Waktu kecik-kecik dulu cikgu selalu suruh tulis cita-cita  dekat belakang buku laporan akademik Antara yg paling cliche: Doktor, Cikgu, Polis, hebat sikit angkasawan. Masa tu kita bercita-cita hanyalah semata-mata bercita-cita. Tiada agenda lain. Besar sikit. Nak jadi Jurutera pulak. Macam hebat je. Bila meningkat dewasa, kita menjadi org yg semakin mengejar cita-cita kerana AKU MAHU JADI KAYA. Kerana mahu buktikan AKU INI BIJAKSANA. Makin lama kita makin tenggelam dalam kitaran hidup yg sikit sikit membunuh jiwa kita. Sedar tidak sedar,  kita ini sudah dilatih untuk berfikiran seperti itu. Kalau ikutkan garis masa kehidupan kita. Dari darjah darjah dulu. Boleh kita senaraikan apa tujuan kita?

Kanak-kanak
-nak dapat 5A 
-nak masuk SBP/MRSM

Pasca UPSR
-nak ranking top 1. eh*
-nak masuk segala jenis aktiviti yg ada*
-nak PMR A lurus

Pasca PMR
-Ulang *
-nak SPM A lurus

Pasca SPM
-nak masuk Universiti berprestij
-nak diploma/degree gempak

Pasca Universiti
-apalagi KAHWIN aaaaaa. Kata nak bina baitul muslim. EH
-kerja sbb nak jadi org kaya (dalam kepala bayang rumah 4 tingkat, 2 swimming pool, 5 biji kereta, anak yg masih baby pakai iphone 14)

Generasi seterusnya ULANG. 

After that??? Cukup dah tujuan hidup kalian? Sempurna dah apa yg dicita-citakan? Did I missed something?? 

Inilah yg dipanggil kitaran membunuh. Semakin lama manusia merasakan hidup di muka bumi ini hanya untuk mengejar cita-cita yg tidak pasti.

Eh eh eh, just to clarify, anda yakin ini je tujuan hidup di muka bumi yg luas ni? Serious ke weh? Apa lagi ek? Jika benarlah ini sahaja yg menjadi tujuan sepanjang hidup, maka anda masih belum belum cukup umur. 
Tak berkelayakan lagi nak membina masjid. 

Dipetik dari tafsir fil zilal karangan Syed Qutb:

"Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak- kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini?..."

Too deep.

Pernah tak ada satu ketika anda tertanya-tanya sebenarnya kenapa Allah ciptakan manusia? Hmm agak-agak kenapa ye? *brainstorm sebentar bersama kitkat*

-To be continued-